HEADLINES

Dua warga asing dalang utama geng samun bersenjata api mati ditembak

Polis berkata siasatan lanjut mendapati dua suspek itu mendalangi sebuah kumpulan samun bersenjata api dan pecah rumah dianggotai 15 warga asing

9:10 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis menembak mati dua lelaki warga asing disyaki dalang utama sebuah kumpulan samun bersenjata api dan pecah rumah sejak tahun 2022 hingga menyebabkan kerugian lebih RM3 juta selain turut mencederakan mangsa mereka.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus berkata, kedua-dua suspek yang menaiki sebuah kereta jenis Honda Civic, dikesan di kawasan Taman Pertama, Cheras, di sini, oleh

Beliau berkata sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, dan JSJ Kontinjen Pahang yang melakukan tugasan cegah jenayah melalui Op Aman 6, sekitar jam 3.45 pagi tadi mengesan kereta dinaiki suspek sebagai kenderaan yang dilaporkan hilang bersabit Subang Jaya Report pada 2023.

“Suspek bertindak agresif ketika pihak polis cuba memintas kereta mereka bagi tujuan pemeriksaan.

“Mereka (suspek) cuba melakukan halangan dengan melanggar kenderaan pasukan polis selain turut melepaskan tembakan ke arah polis sehingga memaksa tembakan balas dilepaskan bagi tujuan mempertahankan diri.

“Suspek kemudiannya disahkan mati di dalam kenderaan dinaiki mereka di tempat kejadian akibat terkena tembakan.

“Hasil pemeriksaan dalam kereta membawa kepada penemuan dua pucuk senjata api berupa revolver dan semi auto, dadah dan peralatan yang digunakan suspek bagi tujuan melakukan jenayah samun dan pecah rumah,” katanya dalam sidang media di lokasi kejadian awal pagi tadi lapor BH.

Hadir sama Ketua Polis Daerah Cheras, Aidil Bolhassan.

Fadil berkata, hasil siasatan lanjut mendapati kedua-dua mereka adalah dalang kepada sebuah kumpulan samun bersenjata api dan pecah rumah yang dianggotai 15 warga asing.

“Selain menjadikan sasaran terhadap unit kediaman mewah seperti banglo, rumah tepi (corner lot) dan end lot di sekitar Lembah Klang, suspek turut aktif menyamun di Negeri Sembilan, Perak dan Pahang.

“Kita juga percaya, kedua-dua suspek ini dalam perancangan untuk melakukan jenayah samun berdasarkan penemuan peralatan samun seperti pemotong besi, sarung tangan, sarung muka serta senjata api dan dadah,” katanya.

Beliau berkata, pada masa ini semua elemen JSJ di Kontinjen KL, Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan sudah digerakkan bagi memburu dan mengesan baki 13 lagi suspek.

Katanya, meskipun lebih 50 kes samun dan pecah rumah yang dikaitkan dengan kumpulan ini namun pihaknya percaya jumlah mangsa mungkin lebih daripada itu akibat mereka tidak membuat laporan polis. – 25 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related