HEADLINES

Enam orang dilantik anggotai lembaga penasihat pencegahan rasuah SPRM

Pelantikan tersebut atas nasihat Perdana Menteri mengikut Seksyen 13 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694)

2:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Enam ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong bagi sesi 2025-2028, berkuat kuasa 15 Julai lalu.

Dalam kenyataannya, SPRM memberitahu, pelantikan tersebut atas nasihat Perdana Menteri mengikut Seksyen 13 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694).

Mereka ialah mantan Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Yusof Ismail; bekas presiden Persatuan Pemeriksa Fraud Bertauliah Malaysia dan bekas presiden Transparency International Malaysia (TI-M) serta mantan presiden Pertubuhan Integriti dan Governans Malaysia (MIG), Datuk Seri Dr. Akhbar Satar dan mantan Timbalan Ketua Pengarah, (Operasi) Jabatan Perkhidmatan Awam, Datuk Zainal Azman Abu Seman.
.
Anggota lain ialah mantan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan), Datuk Othman Semail; Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN); Datuk Dr. Narimah Awin serta Naib Canselor Universiti Kepimpinan dan Pengurusan Penguatkuasaan (ELMU), Datuk Dr. Mohd Kassim Noor Mohamed.

“Surat Cara Pelantikan tersebut telah diserahkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, hari ini,’’ kata kenyataan itu.

Berkuatkuasa 2 Februari lalu, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din telah dilantik sebagai Pengerusi LPPR SPRM yang baharu bagi tempoh tiga tahun sehingga 1 Februari 2028.

SPRM memberitahu, peranan utama LPPR adalah menasihati SPRM berhubung strategi, dasar dan apa-apa perkara berkaitan masalah rasuah di negara ini.

“Ketua Pesuruhjaya SPRM dilantik sebagai anggota ex-officio sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 13(2)(b) Akta SPRM 2009.

“Dengan pelantikan ini, ia diharap dapat membantu memenuhi harapan masyarakat terhadap kebebasan, kecekapan, keberkesanan, ketelusan dan akauntabiliti SPRM dalam penunaian fungsi-fungsinya,’’ katanya. – 5 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related