◉ HEADLINES

Tempoh reman bekas CEO, pengerusi syarikat disambung hingga 16 April

Kes tersebut turut disiasat berkaitan kesalahan pecah amanah jenayah dan kesalahan jenayah lain yang berkaitan, khususnya di bawah kesalahan aktiviti pengubahan wang haram.

1:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tempoh reman ke atas bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah badan berkanun kerajaan dan seorang pengerusi sebuah syarikat pegangan kerana disyaki bersubahat bersama beberapa ahli lembaga pengarah serta pemegang saham sebuah syarikat dalam urus niaga penjualan saham disambung lima hari lagi.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataannya memberitahu, perintah berkenaan dibuat ke atas kedua-dua suspek sehingga 16 April ini oleh Majistret Ainul Izzati Mohd Jamili selepas mendapat permohonan daripada SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.

Permohonan itu dibuat sebaik tempoh reman asal terhadap kedua-dua suspek tamat hari ini.

“Sebelum ini kedua-dua suspek telah ditahan reman selama empat hari sejak Khamis lalu,’’ katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan BOK, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Tambah beliau, kes tersebut turut disiasat berkaitan kesalahan pecah amanah jenayah dan kesalahan jenayah lain yang berkaitan, khususnya di bawah kesalahan aktiviti pengubahan wang haram.

Sebelum ini, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 40-an dan 50-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan itu pada tahun 2022 hingga 2023.

“Siasatan turut mendapati urus niaga penjualan saham tersebut dipercayai melibatkan penilaian harga yang tidak munasabah (overvaluation) dan tidak setimpal sehingga menyebabkan kerugian kepada dana awam dianggarkan melebihi RM300 juta,” katanya.

Sumber itu berkata, Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM turut menjalankan penggeledahan di 13 lokasi utama merangkumi agensi dan syarikat berkepentingan awam, premis pejabat serta kediaman individu yang dikenal pasti di sekitar Lembah Klang. – 12 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

◉ Related