HEADLINES

Tiga remaja beri sisa tulang ayam kepada gelandangan dibebas dengan jaminan polis

Semua suspek disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

1:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiga remaja yang terbabit dalam video tular memberi nasi berlauk sisa sisa tulang ayam kepada gelandangan di Seremban dan direman Selasa lalu sudah dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, remaja lelaki masing-masing berusia 14,18 dan 19 sebelum itu telah dibawa polis dari Johor Bahru untuk permohonan reman di Mahkamah Majistret daerah ini untuk siasatan lanjut.

“Bagaimanapun selepas keterangan mereka diambil, mereka telah pun dibebaskan dengan jaminan polis pada petang semalam.

“Terdapat laporan polis dibuat di daerah ini dan disebabkan itu siasatan dilakukan,” katanya, lapor Sinar Harian hari ini.

Mohamad Hatta berkata, semua suspek disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, media pada Selasa lalu melaporkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan tiga individu dipercayai pempengaruh media sosial berhubung penyebaran video yang memaparkan mereka memberi sisa makanan kepada seorang gelandangan.

Kenyataan itu menyebut, rakaman keterangan dan siasatan lanjut berhubung perkara itu telah dijalankan di Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri, Johor hari ini selain menyita tiga telefon bimbit dan tiga kad SIM bagi membantu siasatan.

Jelas MCMC, kandungan video itu dipercayai bersifat jelik melampau dan mencetuskan kemarahan serta kecaman meluas dalam kalangan warganet selain menyentuh sensitiviti masyarakat majmuk di negara ini.

Kenyataan itu memaklumkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM500,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun remaja terbabit telah pun tampil memohon maaf.

Salah seorang remaja mendakwa mereka sebenarnya sudah mendapat persetujuan daripada lelaki gelandangan itu untuk merakam video berbentuk eksperimen sosial.

“Pada hari ini, saya ingin memberi penjelasan berkenaan insiden tulang ayam.

“Disebabkan video itu, orang ramai menyangka kami memberi makan tulang ayam kepada gelandangan tersebut.

“Kami tidak memberikan tulang ayam kepadanya untuk dimakan. Pada mulanya, kami mengikuti lelaki gelandangan itu. Ia satu rancangan pembikinan video, dan kami kemudiannya memberikan set lengkap nasi dan dua ketul ayam kepadanya,” katanya.

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related