HEADLINES

Selamat Hari Lahir ke-78 Anwar

Anggota Jemaah Menteri, pemimpin negeri, pegawai kanan kerajaan, warga maya dan rakyat pelbagai kaum mengucapkan selamat ulang tahun ke-78 kepada PM

5:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Media sosial dibanjiri doa dan ucapan istimewa bersempena ulang tahun kelahiran ke-78 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

Limpahan ucapan dari segenap lapisan masyarakat ternyata mencerminkan kasih sayang serta sokongan rakyat terhadap pemimpin negara itu.

Keyakinan terhadap kepimpinan Anwar dalam membawa transformasi negara menuju Malaysia Madani yang makmur serta sejahtera terserlah dalam ucapan penuh ketulusan anggota Jemaah Menteri, pemimpin negeri, pegawai kanan kerajaan, warga maya dan rakyat pelbagai kaum.

Pejabat Perdana Menteri menerusi satu perkongsian di Facebook mendoakan agar Anwar sentiasa dikurniakan kesihatan baik, umur panjang dan kekuatan untuk terus memimpin negara ke arah Malaysia yang adil, makmur serta sejahtera.

“Seluruh warga Pejabat Perdana Menteri mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran ke-78 kepada YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim,” demikian kandungan muat naik beserta video berdurasi 44 saat yang memaparkan perjalanan kepimpinannya, lapor Bernama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dalam ucapannya mendoakan Anwar terus diberikan kesihatan, kekuatan dan kebijaksanaan dalam memimpin negara serta merealisasikan aspirasi Malaysia Madani.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa pula menzahirkan penghargaan terhadap keteguhan dan kesabaran Anwar.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali turut menyampaikan ucapan ringkas namun bermakna dengan mendoakan Anwar sentiasa dalam rahmat Allah dan dipanjangkan umur.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pula menyifatkan Anwar pemimpin ulung negara yang memimpin dengan penuh kebijaksanaan.

Tidak ketinggalan, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menzahirkan penghargaan terhadap kepimpinannya yang penuh hikmah.

“Doa kami agar setiap langkah YAB sentiasa dipandu petunjuk Ilahi, dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Terima kasih atas kepimpinan yang penuh kebijaksanaan dan kesungguhan dalam membina Malaysia Madani.

Dalam pada itu, laman Facebook Malaysia Madani turut berkongsi klip video berdurasi 2 minit 41 saat mengandungi ucapan pelbagai lapisan masyarakat khusus buat Perdana Menteri.

Lebih istimewa, Mufti Wilayah Persekutuan Ahmad Fauwaz Fadzil, Mufti Pulau Pinang Mohd Sukki Othman, Ahli Akademik dan Pendakwah Datuk Dr Mohd Farid Ravi Abdullah serta Penceramah dan Pendakwah Ustaz Zul Ramli M Razali bersama turut memanjatkan doa buat Anwar.

Rakyat pelbagai usia, kaum dan latar belakang pekerjaan turut menitip doa kepada Anwar sempena hari istimewa itu.

Inisiatif dan kreativiti sekumpulan pelajar Sekolah Kebangsaan Presint 14 Putrajaya membentuk formasi angka 78 sebagai simbolik usia perdana menteri juga cukup menyentuh hati.

“Daripada kami, rakyat Malaysia, setulus hati mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran ke-78 kepada YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang baik, usia panjang dan kekuatan berterusan untuk memimpin negara menuju Malaysia Madani yang makmur, adil dan sejahtera,” kata perkongsian Facebook itu. – 10 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Related