HEADLINES

Kes Zara: Pendakwaan ke atas lima remaja tetap diteruskan esok

Peguam mewakili keluarga Zara memohon supaya pendakwaan ditangguhkan bagi membolehkan tuduhan lebih berat dikenakan ke atas lima remaja berusia bawah 18 tahun itu

1:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) akan tetap meneruskan pendakwaan terhadap lima remaja perempuan berhubung kes buli pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir di Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu, Sabah esok.

Menurut Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar pendakwaan akan dikemukakan mengikut Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan meskipun peguam keluarga Allahyarham telah memohon supaya prosiding ditangguhkan buat masa ini.

“Kita akan teruskan (we will proceed),” ujarnya ringkas, lapor Malaysia Gazette.

Terdahulu, peguam mewakili keluarga Zara Qairina berharap agar AGC mempertimbangkan pendakwaan yang lebih berat terhadap lima individu yang akan dituduh atas kes buli remaja tersebut, esok.

Barisan peguam terbabit adalah Hamid Ismail, Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh dan Farrah Nasser.

Dalam kenyataan bersama, mereka berpendapat langkah untuk mendakwa lima suspek terbabit atas pertuduhan buli mengikut Seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan gangguan, tekanan, ketakutan atau kebimbangan kepada seseorang yang berkemungkinan berasa terganggu, tertekan, takut atau cemas yang sabit kesalahan boleh dipenjara setahun atau denda atau kedua-duanya, adalah ringan.

“Sekiranya keterangan yang ada tidak mencukupi untuk membuktikan sabitan bagi kesalahan Seksyen 507D (2) Kanun Keseksaan itu, kami berharap supaya siasatan lanjut dapat diteruskan menjurus ke arah kesalahan itu dan pendakwaan ditangguh seketika.

“Namun, sekiranya kesalahan yang ada sekarang dan hasil siasatan lanjut mencukupi untuk mendakwa semua remaja bagi kesalahan lebih berat daripada Seksyen 507D (2), kami merayu mereka didakwa dengan kesalahan yang lebih berat itu,” katanya.

Semalam, Mohd Dusuki mengesahkan lima remaja bawah umur akan dituduh di Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu, Sabah, pada Rabu ini, berhubung kes buli Zara Qairina.

Beliau berkata semua remaja terbabit berusia di bawah 18 tahun akan dibawa ke Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu bagi menjalani proses pertuduhan.

Allahyarham Zara Qairina, 13, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) 1 pada 17 Julai lalu, selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri berhampiran longkang di asrama sekolahnya di Papar pada 4 pagi, 16 Julai.

Jenazahnya digali semula pada 9 Ogos lalu bagi membolehkan bedah siasat dijalankan susulan dakwaan wujud kejadian buli. – 19 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Prasarana cyberattack: hackers release 300GB of private files online after countdown ends

RansomHub published documents after public transportation company missed one-week deadline to pay unknown ransom amount

Is hibah still a safe option if courts can reverse it?

After court overturned a RM1 million takaful hibah, sparking confusion and concern among policyholders and the public, experts stress that it remains relevant if done properly

Related