HEADLINES

Fahmi nafi arah sekat kandungan media sosial kes Zara Qairina

Satu laporan polis telah dibuat ke atas pemilik akaun Facebook berkenaan

4:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menafikan hantaran di media sosial yang mendakwa beliau mengarahkan supaya kandungan yang terkait dengan isu kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir disekat.

Sambil menyifatkan hantaran yang dimuatnaik oleh pemilik akaun Facebook Datu Bentan Alamin adalah fitnah, Fahmi berkata beliau tidak pernah sama sekali mengeluarkan kenyataan mahupun arahan seperti yang didakwa.

“Satu laporan polis telah dibuat terhadap pemilik akaun FB yang mencetuskan fitnah ini.

“Laporan juga telah dibuat kepada MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia),’’ katanya menerusi kenyataan yang dimuatnaik dalam Facebooknya hari ini.

Fahmi turut menyeru agar semua pihak menghentikan penyebaran fitnah dan tidak menunggang sebarang isu demi kepentingan peribadi, termasuk menjadikan kes Zara Qairina sebagai bahan untuk dimanipulasi.

Allahyarham Zara Qairina, 13, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) 1 pada 17 Julai lalu, selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri berhampiran longkang di asrama sekolahnya di Papar pada 4 pagi, 16 Julai.

Pada Khamis, seorang guru Bahasa Inggeris (BI) didakwa di mahkamah atas tuduhan menyebarkan maklumat palsu mengenai Zara Qairina, dengan mendakwa remaja itu dimasukkan ke dalam mesin basuh.

Dia didakwa di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana menimbulkan kegentaran awam.

Pada Selasa, MCMC telah merakam keterangan daripada seorang individu di sebalik akaun TikTok “Dato’ Prof Dr. Tunku Iskandar” yang menyamar sebagai pakar patologi dalam kes kematian Zara.

Individu berkenaan sebelum ini mendakwa kononnya dia terlibat dalam proses bedah siasat kematian Allahyarham Zara Qairina. – 23 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

Is it costly for small businesses to obtain halal certification?

A restaurant owners’ group agrees it can be, while application guidelines show fee is not high but added costs lie in the process to achieve compliance

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Right-wing commentator Ian Miles Cheong under police scrutiny

According to authorities, investigation focuses on alleged social media posts that could incite public unrest

Related