HEADLINES

Pegawai kanan PBT antara 3 ditahan, rampas barangan mewah, beku aset RM7 juta: SPRM

Pegawai kanan yang ditahan dipercayai pegawai gred Jusa B

9:28 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan tiga individu termasuk seorang pegawai kanan sebuah agensi pihak berkuasa tempatan (PBT) ditahan kerana terbabit dalam kegiatan rasuah dipercayai sejak 2014.

Pegawai kanan yang ditahan dipercayai pegawai gred Jusa B.

Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Saiful Ezral Arifin, mengesahkan tangkapan itu ketika dihubungi media dan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Sementara itu menurut sumber dua lagi suspek melibatkan seorang lelaki yang merupakan pemilik syarikat dan seorang wanita berumur lingkungan 40-an, masing-masing ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dan Pejabat SPRM Kuala Lumpur ketika hadir memberikan keterangan antara jam 1 tengah hari hingga 2 petang semalam.

Difahamkan, penahanan itu mempunyai kaitan dengan perolehan bagi sebuah projek berkaitan teknologi maklumat (IT).

“Suspek lelaki yang berkhidmat di agensi PBT di ibu negara berusia lingkungan 50-an pula ditahan sekitar jam 4 petang tadi di pejabatnya,” katanya.

Sumber berkata, ketiga-tiga suspek dipercayai terbabit rasuah sejak 11 tahun lalu yang mana suspek berjawatan pemilik syarikat itu dipercayai membayar rasuah kepada pegawai PBT berkenaan sebagai balasan membantu mendapatkan projek di agensi itu.

“Susulan tangkapan terhadap ketiga-tiga suspek, SPRM turut menyita wang tunai kira-kira RM150,000, empat peranti telekomunikasi, dua unit kenderaan jenis Lexus RX500h serta Mini Cooper, beg tangan serta kasut berjenama Hermès dan Louis Vuitton.

“SPRM juga membekukan 19 akaun perbankan milik individu serta syarikat membabitkan nilai lebih RM7 juta,” katanya. – 26 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

Three JDT players banned following FIFA ruling: MFL CEO

League to enforce suspensions as FAM prepares appeal over FIFA’s ruling on heritage player

End of Bumiputera majority stake? Sunway makes RM3.15 per share takeover offer for IJM Corp

Despite earlier denials, Sunway’s bid to acquire IJM Corp could reshape Malaysia’s construction sector

OCM in the spotlight again: Skechers collab draws flak after brand linked to Israel

With shoe sponsorship amounting to almost RM200,000, Datuk Nazifuddin Najib says sports should be free from any agenda as the aim is to provide comfort to athletes

Related