HEADLINES

Bantuan tunai SARA lancar, rekod jualan RM117.1 juta pada hari keempat

Sejak pelaksanaan Penghargaan SARA pada 31 Ogos lalu, lebih 4.8 juta rakyat telah membeli barangan keperluan asas

9:04 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang memasuki hari keempat semalam, berjalan lancar dengan merekodkan jumlah jualan sebanyak RM117.1 juta, kata Kementerian Kewangan (MOF).

Dalam kenyataannya, MOF berkata, ia melibatkan 1.8 juta penerima, berbanding hanya RM76.8 juta oleh 1.1 juta penerima pada Selasa.

“Kadar transaksi berjaya juga meningkat kepada 99.7% berbanding dengan 95% pada 2 September 2025,’’ katanya.

Menurut MOF, usaha penambahbaikan dan peluasan kapasiti pemprosesan sistem sepanjang tiga hari lalu, telah menyumbang kepada kestabilan sistem yang tercapai pada hari ini.

“Secara keseluruhan sejak pelaksanaan Penghargaan SARA pada 31 Ogos 2025, lebih 4.8 juta rakyat telah membeli barangan keperluan asas menggunakan kredit Penghargaan SARA dan SARA dengan jumlah perbelanjaan rakyat mencecah RM312.6 juta di seluruh negara,’’ katanya.

Bantuan SARA sebanyak RM100 secara sekali beri atau one-off mula disalurkan pada 31 Ogos lalu kepada semua warganegara dewasa berusia 18 tahun ke atas.

Ia disalurkan terus melalui MyKad dan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas berdasarkan 14 kategori produk terpilih.

Bagaimanapun penyaluran SARA di beberapa negeri mengalami kesesakan di kaunter khas SARA berikutan gangguan pada sistem berkenaan.

Sistem berkenaan kembali pulih dan bagi memudahkan pembeli, rangkaian pemborong serta peruncit Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), antara pasar raya yang terlibat, akan melanjutkan waktu operasi di 50 cawangan terpilih bermula jam 7 pagi hingga 1 pagi.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin. – Gambar fail Scoop, 4 September, 2025

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, lanjutan waktu operasi tersebut akan bermula Jumaat hingga Ahad pada 5, 6 dan 7 September ini.

“Langkah ini diambil kerana Mydin memahami keperluan pelanggan untuk mempunyai lebih masa berbelanja, khususnya bagi mereka yang mahu memanfaatkan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 dan bantuan lain yang telah dikreditkan oleh kerajaan.

“Lanjutan tempoh operasi ini dijangka membolehkan pelanggan berbelanja dengan lebih selesa, teratur dan mengurangkan kesesakan,” katanya. – 4 September, 2025

Topics

 

Hangat

Malaysia tightens social media rules with eKYC: Fahmi

MCMC set to enforce minimum age of 16 for new accounts; enforcement date to be announced soon

Selangor 80% ready for Sukma 2026, key venues must be ready by April: Najwan

The Selangor youth, sports and entrepreneurship committee chairman says the state is targeting full readiness by April

SPA targets 30,000 civil service appointments in 2026

Chairman Ahmad Jailani says new target exceeds last year’s 25,000, ensuring continuity in public service delivery

Related