HEADLINES

Bangunkan sistem amaran awal gempa, peta semula garis sesar: Lam Thye

Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat berkata ia bagi memperoleh maklumat tepat selain mempercepat tindakan segera demi keselamatan rakyat

11:57 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu membangunkan sistem amaran awal gempa bumi di seluruh negara melalui amaran mudah alih dan siren bagi memperoleh maklumat tepat selain mempercepat tindakan segera demi keselamatan rakyat, demikian tegas Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata, negara tidak mungkin bebas sepenuhnya daripada risiko seismik susulan beberapa siri gempa bumi kecil yang berlaku di Johor baru-baru ini termasuk gegaran yang dirasai di beberapa negeri berhampiran.

Lam Thye berkata, walaupun kebiasaannya gegaran di negara ini adalah kecil, ia tetap tidak dapat dijangka dan boleh mengakibatkan kerosakan serta menimbulkan panik sekiranya tidak bersedia.

“Justeru pemantauan lebih kukuh dengan memetakan semula garisan sesar di seluruh negara serta dipantau menggunakan teknologi seismik moden bagi mengesan risiko lebih awal.

“Selain itu, penguatkuasaan kod bangunan tahan gempa serta kerja-kerja pengukuhan pada sekolah, hospital dan infrastruktur awam mesti diutamakan.

“Pada masa yang sama, latihan kesiapsiagaan gempa bumi dan pendidikan keselamatan perlu dijadikan sebahagian daripada daya tahan komuniti di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Dalam laporan media sebelum ini, beberapa gegaran direkodkan di Segamat pada 24 Ogos lalu iaitu pada jam 6.13 pagi dengan kekuatan 4.1 magnitud, diikuti keesokan harinya pada jam 8.59 pagi dengan bacaan 3.2 magnitud; 7.56 malam, Khamis (2.5) dan 4.24 pagi pada Jumaat (3.4).

Gempa bumi lemah berukuran 2.7 magnitud sekali lagi dikesan di Segamat pada jam 7.29 pagi pada 30 Ogos lalu.

“Dengan kewaspadaan, sistem amaran awal dan infrastruktur yang lebih kukuh, secara tidak langsung ia dapat memastikan rakyat sentiasa dimaklumkan, selamat dan bersedia menghadapi sebarang bencana alam,” katanya. – 7 September, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

ASNB announces RM2.18 bil dividend payout

ASB 2 declares distribution of 5.50 sen per unit to 614,309 unitholders while ASM declares five sen per unit to 740,513 unitholders

Related