◉ HEADLINES

Belum ada permohonan batal pasport menantu Muhyiddin: Imigresen

Imigresen menjelaskan sebarang permohonan untuk membatalkan pasport individu perlu dikemukakan terus kepada Imigresen dan bukan melalui KDN

10:24 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – “Setakat ini saya belum terima sebarang permohonan,” demikian respon ringkas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berhubung pembatalan pasport antarabangsa Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan, menantu kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Penjelasan Zakaria sekali gus mengesahkan bahawa Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) belum menerima sebarang permohonan rasmi berhubung perkara itu sehingga kini.

Memetik laporan BH, Zakaria menjelaskan sebarang permohonan untuk membatalkan pasport individu perlu dikemukakan terus kepada Imigresen dan bukan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Dalam laporan media semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata pihaknya sudah memohon pembatalan pasport Muhammad Adlan selepas usaha mengesannya terus dijalankan.

“Kita sudah membuat tindakan semalam (kelmarin) dan berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) setuju dengan permohonan agar pasport beliau dibatalkan.

“Beliau didakwa berada di negara yang mana kita tidak mempunyai perjanjian ekstradisi, tapi kita cuba berunding dengan negara berkenaan bagaimana untuk membawa beliau pulang ke negara ini,” katanya dalam sidang media di Petaling Jaya, hari ini.

Difahamkan juga Muhammad Adlan dipercayai kini berada di Asia Barat, namun Azam enggan mendedahkan nama negara berkenaan.

Menurut laporan media, pada 7 Ogos 2023, SPRM dilapor mengesan Muhammad Adlan dan seorang peguam, Mansoor Saat, 70, bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing sebuah kementerian.

Muhammad Adlan dan Mansoor dikatakan meninggalkan Malaysia masing-masing pada 17 Mei dan 21 Mei 2023.

Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Razarudin Husain, turut mengesahkan permohonan notis merah ke atas kedua-dua individu terbabit sudah diserahkan kepada Polis Antarabangsa (Interpol). – 11 September, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

RM460m budget boost to power RTG, para-athletes, and regional games prep: KBS

With RM460 million secured for national sports development and RM240 million earmarked for the 2027 SEA Games, KBS sets its sights on building a comprehensive, sustainable sporting ecosystem

Four Malaysia Airlines flights cancelled, two more diverted amid heightened US-Iran tensions

Destinations involved were Doha and Jeddah following flight advisory on airspace risks, governments issue travel warnings to avoid Iran

◉ Related