HEADLINES

Program Budi95 beri penjimatan sehingga RM200 sebulan: Amir Hamzah

Penurunan harga RON95 seperti yang dijanjikan kepada RM1.99 seliter adalah bagi membantu rakyat menangani kos sara hidup

8:36 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Program Budi Madani RON95 (Budi95) memberikan penjimatan sehingga RM200 sebulan kepada rakyat Malaysia, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Menurutnya, ia mencerminkan kesungguhan kerajaan untuk terus membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat, seperti yang diaspirasikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Menurut Amir Hamzah, penurunan harga RON95 seperti yang dijanjikan kepada RM1.99 seliter adalah dengan harapan ia dapat membantu rakyat menangani kos sara hidup.

“Dalam sebulan dua ini sebenarnya harga semasa RON95 adalah antara RM2.60 ke RM2.75, jadi bila kita membeli di stesen minyak sebenarnya kerajaan dah beri subsidi agak besar. Kalau kita tengok dekat pam minyak harga RM2.60 penjimatan kepada rakyat hampir RM183.00 sebulan. Kalau harga RM2.75 jimat RM228.00 sebulan,” katanya, lapor Bernama.

Amir Hamzah berkata demikian pada taklimat media mengenai Budi95 pada Selasa.

Isnin lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan harga petrol RON95 kekal pada RM1.99 seliter bermula 30 September ini untuk rakyat Malaysia, tanpa mengira tahap pendapatan.

Bagi bukan warganegara pula, harga RON 95 adalah pada RM2.60 bermula tarikh yang sama.

Menerusi Budi95, rakyat Malaysia layak menggunakan petrol RON95 sebanyak 300 liter sebulan namun bagi pemandu e-hailing, mereka dikecualikan daripada had terbabit serta boleh memohon untuk had lebih tinggi.

Semua warganegara Malaysia yang mempunyai lesen memandu yang sah layak mendapat subsidi RON95 melibatkan lebih 16 juta orang.

Dalam pada itu, Amir Hamzah berkata pelaksanaan Budi95 memberikan penjimatan kepada kerajaan antara RM2.5 bilion hingga RM4 bilion bergantung kepada turun naik harga minyak dunia.

“Kami tidak dapat menjangkakan secara tepat jumlah penjimatan kerajaan kerana ia bergantung sama ada harga minyak kekal atau naik,” katanya.

Kelayakan boleh disemak mulai Khamis ini secara dalam talian menerusi portal rasmi www.budimadani.gov.my di Pusat Khidmat Pelanggan Budi95 atau melalui aplikasi Setel dan CaltexGO selepas proses verifikasi identiti selesai. – 24 September, 2025

Topics

 

Hangat

[UPDATED] Welcome back to the Black Parade: My Chemical Romance set to rock Malaysia in 2026

Emo legends to play Bukit Jalil on April 30 as part of their long-awaited world tour, with Malaysian tickets ranging from RM299 to RM1,099 and sales opening on July 11, 2025

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Is it costly for small businesses to obtain halal certification?

A restaurant owners’ group agrees it can be, while application guidelines show fee is not high but added costs lie in the process to achieve compliance

Related