◉ HEADLINES

Semakan kelayakan Budi95 bermula hari ini

Bagi pengisian di pam minyak, pengguna hanya perlu memasukkan MyKad ke dalam reader untuk mengesahkan kelayakan

10:08 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia boleh membuat semakan kelayakan subsidi petrol RON95 menerusi inisiatif Budi Madani RON95 (Budi95) mulai 9 pagi ini.

Ia boleh disemak menerusi portal rasmi iaitu www.budimadani.gov.my yang kini dibuka bagi mengetahui kelayakan dan baki penggunaan subsidi bulanan.

Pengguna hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan bagi tujuan berkenaan.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebelum ini berkata, bagi pengisian di pam minyak, pengguna hanya perlu memasukkan MyKad ke dalam reader untuk mengesahkan kelayakan.

Beliau berkata, bayaran boleh dibuat sama ada secara tunai, kad kredit/debit atau e-dompet dan aplikasi.

Katanya, selepas selesai mengisi petrol, resit akan menunjukkan nilai transaksi pada harga pam, nilai subsidi ditanggung kerajaan dan jumlah yang dibayar pengguna pada harga RM1.99.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mengumumkan harga petrol RON95 kekal pada RM1.99 seliter bermula 30 September ini untuk rakyat Malaysia, tanpa mengira tahap pendapatan.
Bagi bukan warganegara pula, harga RON 95 adalah pada RM2.60 bermula tarikh yang sama.

Menerusi Budi95, rakyat Malaysia layak menggunakan petrol RON95 sebanyak 300 liter sebulan namun bagi pemandu e-hailing, mereka dikecualikan daripada had terbabit serta boleh memohon untuk had lebih tinggi.

Semua warganegara Malaysia yang mempunyai lesen memandu yang sah layak mendapat subsidi RON95 melibatkan lebih 16 juta orang.

Kerajaan menjangkakan penjimatan antara RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun melalui pemansuhan subsidi pukal, yang akan disalurkan semula kepada bantuan bersasar seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). – 25 September, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Four Malaysia Airlines flights cancelled, two more diverted amid heightened US-Iran tensions

Destinations involved were Doha and Jeddah following flight advisory on airspace risks, governments issue travel warnings to avoid Iran

◉ Related