HEADLINES

Pengarah Media, Komunikasi Strategik PMO meninggal dunia kerana masalah jantung

Allahyarham Rozaid Abdul Rahman sebelum ini menerima rawatan di Hospital Serdang sejak 1 Julai lalu dan telah dibenarkan keluar dari hospital pada 6 Ogos lalu

10:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengarah Media dan Komunikasi Strategik kepada Perdana Menteri, Rozaid Abdul Rahman dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan mengesahkan Rozaid, 58, telah meninggal dunia pada petang tadi kerana masalah jantung di kediamannya di Putra Heights, Subang Jaya.

“Allahyarham sebelum ini menerima rawatan di Hospital Serdang sejak 1 Julai lalu dan telah dibenarkan keluar dari hospital pada 6 Ogos lalu,” katanya.

Menurut PMO, Allahyarham dilantik menjawat tugasan tersebut pada 23 Mei tahun lalu.

“Pejabat Perdana Menteri mendoakan agar keluarganya diberi kekuatan dan ketabahan, dan diampunkan segala dosa Almarhum serta diberi tempat istimewa di sisi-Nya,” katanya.

Sementara itu Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyifatkan pemergian Rozaid satu kehilangan besar kepada industri media.

“Allahyarham seorang yang amat berdedikasi dan komited dalam melaksanakan tugas. Seorang yang ramah, suka membantu rakan-rakan dan sangat dihormati.

“Pemergian beliau merupakan kehilangan yang amat besar buat industri media, serta sememangnya dirasai dan ditangisi.

“Semoga Allah SWT ampunkan segala dosa dan kurniakan syurga buatnya,” katanya. -18 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related