HEADLINES

Timbalan Pendakwa Raya SPRM ditahan kes dadah, dibebaskan dengan jaminan polis

Kertas siasatan telah dirujuk kepada TPR dan polis masih menunggu arahan lanjut

2:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Suruhanjaya Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditahan berkaitan kes dadah, telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Putrajaya, Aidi Sham Mohamed memberitahu, individu terbabit dibebaskan selepas tempoh remannya selama tiga hari berakhir hari ini, lapor Sinar Harian.

Jelasnya, kertas siasatan telah dirujuk kepada TPR semalam.

“Kertas siasatan telah dirujuk kepada TPR semalam (Rabu) dan masih menunggu arahan selanjutnya,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Timbalan Pendakwa Raya terbabit ditahan reman selama tiga hari sehingga hari ini kerana disyaki memiliki dadah dengan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 12(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pegawai berkenaan ditahan oleh polis di rumahnya pada 23 September lalu dan pemeriksaan yang dijalankan polis turut menemui bahan terlarang disyaki dadah.

Berikutan itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki akan mencadangkan kepada Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar supaya TPR terbabit direhatkan daripada menjalankan tugas sementara siasatan dijalankan.

TPR berkenaan, kata Azam, yang baru sahaja melaporkan diri di suruhanjaya itu minggu lalu adalah pegawai pinjaman dari Jabatan Peguam Negara (AGC) dan insiden berkenaan adalah di luar jangka dan sudah disiasat polis. – 25 September, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related