◉ HEADLINES

Kanak-kanak maut, terjatuh dalam lubang kumbahan di sekolah

Siasatan awal mendapati mangsa terjatuh ke dalam saluran kumbahan tidak bertutup itu ketika berlangsungnya program sukan sekolah

3:36 PM MYT

 

NILAI – Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam lubang kumbahan di sebuah sekolah di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai menerima laporan mengenai kejadian tersebut kira-kira 11 pagi.

“Siasatan awal mendapati pada 9.20 pagi tadi mangsa dilihat oleh orang awam telah terjatuh ke dalam saluran kumbahan yang tidak bertutup ketika berlangsungnya program kejohanan sukan olahraga di sekolah itu,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata pasukan bomba tiba di lokasi telah mengeluarkan mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban namun mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Alzafny berkata bedah siasat dijalankan di Hospital Rembau bagi mengenal pasti punca kematian dan setakat ini, siasatan awal mendapati insiden berlaku akibat kemalangan dan tiada unsur jenayah.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan. – 27 September, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

◉ Related