HEADLINES

KEPCI Music Fest 2023: Semua pihak perlu lebih berhati-hati dan jaga sensitiviti

Pejabat menteri agama telah menghubungi penganjur dan mendapati jemputan pelajar tersebut telah dibuat oleh pihak ketiga

11:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar meminta mana-mana pihak yang terlibat dengan penganjuran program hiburan supaya berhati-hati dan cermat demi menjaga sensitiviti agama.

Beliau turut meminta pihak terbabit mengambil pendekatan dan memastikan kesesuaian pengisian program apatah lagi jika penontonnya adalah golongan muda.

Penganjur juga, katanya perlu mengikut garis panduan yang disediakan.

“Walaupun program hiburan dibenarkan tetapi pada masa sama, teguran saya kepada semua pihak supaya lebih berhati-hati dan cermat untuk jaga sensitiviti agama dan adat ketimuran kita,’’ katanya menerusi video yang dimuatnaik di Facebooknya, malam ini.

Beliau mengulas mengenai isu kehadiran pelajar tahfiz pada KEPCI Music Fest 2023 sempena sambutan 50 tahun KFC di Stadium Malawati, Shah Alam pada 26 Ogos lalu sehingga mencetuskan kontroversi.

Seorang individu dikenali sebagai Andrie Ung Han Xiang hari ini tampil menjelaskan bahawa pelajar yang memakai jubah putih dan berserban putih seperti yang tular di media sosial itu adalah anak-anak pelarian Rohingya yang beragama Islam dari Madrasah Watahfiz al-Quran Rohingya TTDI Jaya.

Mengulas lanjut, Na’im berkata, program berkenaan bukan anjuran kerajaan dan dianjurkan oleh korporat dan swasta.

“Pejabat menteri agama telah menghubungi penganjur dan mendapati jemputan pelajar tersebut telah dibuat oleh pihak ketiga yang menaja golongan kurang bernasib baik termasuk anak tahfiz.

“Saya juga telah meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) panggil pihak berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya,’’ katanya. – 29 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

[WATCH] Robust US trade links critical to sustaining Malaysian jobs: Tengku Zafrul

Malaysia risks losing thousands of jobs if it fails to come to a trade agreement with the the United States following the latter’s new tariff regime, said Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz while stressing that execution, credibility and real economic spillovers are key to sustaining investor confidence

Roslin Hashim embarks on three-year mission to boost Egyptian badminton ahead of 2028 Olympics

Former national player aims to boost Egypt’s badminton standards, with a focus on the 2028 Los Angeles Olympic Games

Marhamah’s appointment sparks debate, uncle Badrulamin hits back

He insists donation funds were audited, denies New Age links, urges fairness in judgment

Related