HEADLINES

Hamas, Israel sah tandatangani fasa pertama perjanjian damai Gaza

Perjanjian itu sekali gus membenarkan pertukaran pembebasan semua tebusan Israel dan Hamas

10:08 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengesahkan Israel dan Hamas sudah menandatangani fasa pertama perjanjian damai Gaza yang dicadangkan AS pada Rabu, sekali gus membenarkan pembebasan semua tebusan Israel.

“Saya amat berbangga untuk mengumumkan bahawa Israel dan Hamas sudah menandatangani fasa pertama Rancangan Keamanan kami.

“Ini bermakna semua tebusan akan dibebaskan tidak lama lagi, dan Israel akan mengundurkan tentera mereka ke garisan yang dipersetujui sebagai langkah pertama ke arah keamanan yang kekal dan,” kata Trump di platform media sosial Truth Social.

Pengumuman itu dibuat sehari selepas ulang tahun kedua serangan Israel ke atas Hamas.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, beliau akan mengadakan mesyuarat kabinet hari ini (Khamis) bagi meluluskan perjanjian gencatan senjata Gaza yang bertujuan membawa pulang semua tebusan Israel.

“Hari yang hebat untuk Israel,” kata Netanyahu dalam satu kenyataan susulan pengumuman Trump.

Sementara itu, Hamas menggesa Trump dan negara penjamin supaya memastikan Israel melaksanakan gencatan senjata sepenuhnya.

“Perjanjian sudah dicapai untuk menamatkan perang Gaza, kami menyeru untuk memastikan Israel melaksanakannya (pengunduran dan pertukaran tebusan),” katanya lapor BH memetik Reuters.

Sebelum ini, Hamas optimis terhadap rundingan tidak langsung dengan Israel bagi menamatkan perang di Gaza, dengan menyerahkan senarai tahanan untuk dibebaskan sebagai pertukaran kepada pembebasan tebusan Israel menerusi satu perjanjian damai.

Rundingan itu bertujuan memuktamadkan pelan 20 perkara yang dikemukakan Trump bulan lalu yang sudah mendapat maklum balas positif daripada kedua-dua pihak, Israel dan Hamas.

Pelan berkenaan merangkumi gencatan senjata, pembebasan semua tebusan, pelucutan senjata Hamas serta pengunduran berperingkat tentera Israel dari Gaza.

Pegawai Kanan Hamas, Taher al-Nunu, dilaporkan berkata semua pengantara sedang berusaha keras untuk menyingkirkan sebarang halangan terhadap pelaksanaan gencatan senjata dan semangat optimisme kini menyelubungi semua pihak.

Menurut pihak berkuasa Gaza, lebih 65,000 rakyat Palestin terbunuh dan wilayah itu musnah dengan serangan pertama dilancarkan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober 2023.

Israel pula melaporkan 1,200 orang terbunuh dan 251 lagi dibawa ke Gaza sebagai tebusan pada hari terbabit.

Rundingan kali ini dilihat paling berpotensi menamatkan konflik berdarah itu. – 9 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related