HEADLINES

Anwar pertahan pelaburan RM600 juta Khazanah, bukan hanya baik pulih Carcosa Seri Negara

Perdana Menteri berkata pelaburan itu turut digunakan untuk kepentingan sejarah negara termasuk pemuliharaan bangunan Sultan Abdul Samad

12:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan pelaburan RM600 juta Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) bagi pemuliharaan bangunan warisan di Kuala Lumpur termasuk Carcosa Seri Negara yang disifatkan mempamerkan kepentingan sejarah dan identiti nasional.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata bangunan bersejarah itu bukan sekadar peninggalan era silam, sebaliknya simbol warisan Raja-Raja Melayu serta perjalanan negara menuju kemerdekaan.

“Isu Carcosa ini dibangkitkan…masalahnya, kadang-kadang pembangkang tidak membaca. Ini (Carcosa) ialah warisan. Saya bangga dengan sejarah saya, saya bangga dengan bangunan Carcosa sebagai warisan Raja-Raja Melayu yang mempunyai peranan tersendiri.

“Kuala Lumpur perlu dikenali sebagai sebuah kota moden dari segi teknologi dan segar budayanya. Apabila kita mula melabur di situ, ia akan menarik pelaburan lain untuk berkembang di sekitarnya,” katanya selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan bagi bulan Oktober di sini, hari ini.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang mempersoal langkah kerajaan mengumumkan pelaburan RM600 juta daripada Khazanah untuk kerja-kerja membaik pulih bangunan bersejarah, Carcosa Seri Negara.

Datuk Seri Hamzah Zainudin membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2026 di Dewan Rakyat, menyifatkan langkah itu ‘melencong’ daripada tujuan dan peranan sebenar penubuhan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) yang sepatutnya mengukuhkan daya tahan ekonomi serta menjana pulangan jangka panjang untuk rakyat.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, nilai RM600 juta terbabit bukan wang kebajikan sebaliknya adalah untuk menjaga kepentingan sejarah dan usaha itu amat disenangi Sultan Selangor kerana membabitkan pemuliharaan bangunan Sultan Abdul Samad.

“Saya sebut di sini warisan ini kerana soal sejarah dan budaya kita. Melayu kemudian kita rangkul kekuatan kaum-kaum, Melayu terutama Cina, India dan sebab itu, kalau lihat pelan Carcosa Seri Negara itu, setiap biliknya bawa gambaran dan mempamerkan kekuatan budaya kita, segala suku kaum, hasil dalam negeri ini juga satu tarikan kepada pelancong.

“Dan kalau tahu sejarah Carcosa Seri Negara ini, Carcosa itu dianggap bangunan paling hebat, atas bukit di Kuala Lumpur.

Carcosa Seri negara ini simbol kemegahan dan bangunan kebanggaan Kuala Lumpur kerana (menjadi) mercu di atas (bukit),” katanya. – 15 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Related