◉ HEADLINES

Kes tikam pelajar: Shing Xuen disemadikan hari ini

Mayat pelajar perempuan itu akan disemadikan secara pembakaran di Krematorium Nirvana di Shah Alam, Selangor

10:12 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelajar perempuan berusia 16 tahun, mendiang Yap Shing Xuen, yang maut dalam insiden kejam di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selasa lalu, akan disemadikan hari ini.

Lapor BH, mayat pelajar perempuan itu akan disemadikan secara pembakaran di Krematorium Nirvana di Shah Alam, Selangor selepas tiga hari upacara sembahyang dan penghormatan berakhir, malam tadi.

Mangsa ditemui tidak bernyawa di tandas sekolah dalam keadaan berlumuran darah pada 14 Oktober lalu selepas ditikam seorang pelajar lelaki dari kelas peralihan sekolah sama.

Dua senjata tajam, dipercayai digunakan untuk menikam mangsa, ditemui di tempat kejadian.

Susulan itu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dilapor mengesahkan, seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun telah ditahan berhubung kes terbabit.

Dalam pada itu, suspek masih direman hingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Polis turut memaklumkan laporan patologi dijangka siap dalam tempoh sebulan.

Dalam sidang media pada Khamis lalu, ibu pelajar perempuan berkenaan, Wong Lee Ping, mendakwa kira-kira 200 kesan tikaman dikesan pada badan anaknya.

Beliau turut meminta orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat palsu atau khabar angin mengenai kes berkenaan.

Tambahnya lagi, keluarga amat terkesan dengan tragedi itu dan memohon privasi ketika mereka sedang berkabung atas kehilangan anak bongsu daripada dua beradik terbabit.

Media pada Rabu melaporkan, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, tikaman pada dada dan leher mangsa dikenal pasti sebagai punca kematian berdasarkan hasil bedah siasat dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). – 20 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

[WATCH] ‘The perception exists, but it isn’t true’: Tengku Zafrul addresses ‘payung kuning’ narrative

Former Investment, Trade and Industry Minister dismisses claims that he acts as a royal intermediary for Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, saying the long-standing 'payung kuning' perception does not reflect reality

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

[WATCH] DAP’s leadership is earned, not inherited: Syahredzan

The Bangi MP argues that leadership positions within DAP are determined by merit and contributions, not family dynasties

◉ Related