HEADLINES

‘Janggal bila Wan Saiful, Wan Fayhsal guna PAS untuk angkat agenda peribadi’ : Tun Faisal

Dakwaan Wan Saiful dan Wan Fayhsal bercanggah dengan pendirian dan kehendak ahli PAS terutama dalam isu calon Perdana Menteri, kata Tun Faisal

2:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sesuatu yang janggal apabila Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Datuk Wan Saiful Wan Jan menggunakan nama PAS dengan sesuka hati untuk mengangkat agenda peribadi sedangkan mereka bukan jurucakap kepada parti tersebut.

Menurut Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, lebih janggal apabila dakwaan mereka bercanggah dengan pendirian dan kehendak ahli PAS terutama dalam isu calon Perdana Menteri (PM) bagi Perikatan Nasional (PN).

“Apabila mereka mendakwa PAS menamakan Datuk Seri Hamzah (Zainuddin) sebagai calon PM dari PAS, dakwaan ini disanggah dengan penafian daripada Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

“Dakwaan dua Wan ini turut bercanggah dengan pendirian Pemuda PAS yang menamakan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai calon PM.

“Dakwaan dua Wan ini juga berbeza dengan sentimen sebilangan ahli PAS yang menamakan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai calon PM,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Pada Selasa, menerusi Podcast Trick Lama, Ahli Parlimen Bersatu iaitu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang digantung parti dan Datuk Wan Saiful Wan Jan, yang dipecat dari Bersatu melakukan ‘serangan terbuka’ ke atas presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang disifatkan tidak layak dan sesuai untuk menjadi Perdana Menteri seterusnya.

Wan Fayhsal berkata, perkara itu turut dikongsi oleh sekutu utama PN iaitu PAS, di mana presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang, dua kali membuat kenyataan berselindung dengan menyatakan keutamaan kepada pemimpin berusia bawah 70 tahun dan bebas daripada kes mahkamah.

Pada 1 Oktober lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menafikan rakaman audio tular yang mendakwa kononnya terdapat perjumpaan pimpinan tertinggi parti itu dengan Bersatu bagi membincangkan cadangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin dinamakan sebagai calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum Ke-16.

Takiyuddin, bagaimanapun tidak menafikan terdapat perjumpaan PAS bersama Bersatu, Gerakan dan MIPP bagi membincangkan hal ehwal semasa.

Mengulas lanjut, Tun Faisal memberitahu, kenyataan Wan Saiful dan Wan Fayhsal itu hanya mengakibatkan kemarahan dalam kalangan ahli Pas yang mahukan pemimpin dari parti mereka dinamakan sebagai calon PM.

“Kenyataan kedua-dua Wan ini juga boleh mengakibatkan salah tanggap ahli-ahli Bersatu terhadap PAS,’’ katanya yang turut membangkitkan persoalan sama ada Wan Saiful dan Wan Fayhsal adalah ‘Trojan Horse’ yang dihantar oleh musuh untuk merosakkan keharmonian di dalam PN dan Bersatu.

Jelasnya, penamaan Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri Ke-11 dari Bersatu dibuat dengan penuh tanggungjawab, berdasarkan merit, pengalaman, keupayaan mengurus krisis dan sokongan data yang sahih.

“Paling penting keputusan ini tidak dibuat di kedai kopi, sebaliknya dalam platform tertinggi parti, iaitu PAT2025 (Perhimpunan Agung Tahunan).

“Keputusan ini mencerminkan ketertiban berasaskan perlembagaan parti, kematangan, rasional dan keutamaan Bersatu dalam memastikan kepimpinan negara terus stabil dan berwibawa,’’ katanya. – 25 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

ASNB announces RM2.18 bil dividend payout

ASB 2 declares distribution of 5.50 sen per unit to 614,309 unitholders while ASM declares five sen per unit to 740,513 unitholders

Related