HEADLINES

Tirai Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dilabuhkan, Filipina terima kepengerusian 2026

Presiden Filipina akan menggalas tugas sebagai Pengerusi baharu untuk sesi yang akan bermula 1 Januari 2026

5:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia secara rasmi menyerahkan kepengerusian Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 kepada Filipina, sekali gus melabuhkan tirai penganjuran sidang kemuncak dan sidang berkaitan tahun ini.

Upacara simbolik itu disempurnakan dengan penyerahan tukul oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr.

Presiden Filipina akan menggalas tugas sebagai Pengerusi baharu untuk sesi yang akan bermula 1 Januari 2026.

Ini kali keenam Filipina memikul tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN.

Negara yang terkenal dengan bahasa tagalog itu pernah menganjurkan sidang berkenaan pada 1976, 1987, 1999, 2007 dan 2017.

Anwar ketika menyampaikan ucapan penutup Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Berkaitan menyifatkan ASEAN akan membuka satu lembaran baharu tahun hadapan di bawah kepengerusian Filipina.

“Pada hari pertama 2026, ASEAN akan memulakan bab baharu.

Pada petang ini, saya berbesar hati untuk menandakan peralihan tersebut dan secara rasmi menyerahkan tugas Pengerusi (ASEAN) kepada Filipina.

“Kepada sahabat saya, Presiden Marcos Jr, ketika anda memikul tanggungjawab ini, saya yakin bahawa di bawah pimpinan anda yang tenang dan berwibawa, ASEAN akan terus ke depan dengan kejelasan, ketenteraman, kemesraan dan keseimbangan,” katanya.

Perdana Menteri menutup ucapannya dengan merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada pegawai, sukarelawan dan rakan-rakan yang dengan penuh dedikasi, ketabahan serta profesionalisme menjayakan tanggungjawab Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini.

Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada rakyat Malaysia atas kesabaran dan kemurahan hati sepanjang tahun yang mencabar ini.

“Anda telah menyambut tetamu kita dengan penuh mesra, menyesuaikan diri dengan setiap gangguan dan mengingatkan rantau ini bahawa sikap ramah bukan sekadar adat kita, tetapi cerminan watak kita.

“Dengan itu, saya mengisytiharkan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan sidang-sidang berkaitan ditutup,” katanya. – 28 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related