HEADLINES

2 anak CEO GISBH didakwa kurung pekerja di asrama sebulan

Mahkamah menetapkan 17 Disember ini untuk sebutan semula kes

1:43 PM MYT

 

MANJUNG – Dua ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mengurung seorang lelaki di sebuah asrama pekerja di Seri Manjung, lima tahun lepas.

Muhammad Suhaiil Nasiruddin, 42, dan Muhammad U’rwah Nasiruddin, 33, yang juga anak kepada Ketua Pegawai Eksekutif GISBH, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Fakhrul Razzi Abd Hamid.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua beradik itu didakwa dengan niat bersama secara salah mengurung Muhammad Ikhlas Asy Syuhaimi Ismail, 35, selama sebulan di asrama pekerja pasar raya Ikhwan, Bandar Seri Manjung antara November hingga Disember 2020.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 344 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nuranisah Ismah Muhammad Husaini yang mengendalikan pendakwaan menawarkan jaminan sebanyak RM8,000 bagi setiap tertuduh.

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Nur Shaqira Ibrahim yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon jaminan lebih rendah atas alasan mereka sudah berkahwin, bekerja sendiri, tiada pendapatan tetap serta masing-masing mempunyai 10 dan 14 orang anak.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM3,000 serta seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan menetapkan 17 Disember ini untuk sebutan semula kes. – 30 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Penang’s shores in peril: a deadly mix of climate change and coastal development”

Rising sea levels, erratic weather, and unchecked development are driving coastal erosion to alarming new heights in Penang, threatening both nature and livelihoods.

Related