◉ HEADLINES

[Kemas Kini] CEO GISBH, 21 lagi mengaku salah sertai pertubuhan haram

Nasiruddin dan 12 lelaki lain dihukum penjara 15 bulan manakala isterinya dan lapan wanita pula didenda RM4,500

12:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Nasiruddin Mohd Ali, bersama 21 individu lain, termasuk isterinya dan anak bekas pengasas Al-Arqam, mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan menjadi anggota pertubuhan haram.

Pengakuan itu dibuat di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Seri Latifah Mohd Tahar, yang bersidang di Kompleks Penjara Kajang.

Selain Nasiruddin, tertuduh lain ialah Hasnan Abd Hamid, 54, Mohammad Adib At-Tarmizi Asa’ari, 33, Mohd. Shukri Mohd Noor, 54, Mokhtar Tajuddin, 61, Shuhaimi Mohamed, 57, Muhammad Afdaluddin Latif, 35, Mohamad Sayuti Omar, 36, Mohd Fazil Md Jasin, 58, Mohd Dhirar Fakhrur Razi, 35, Muhammad Zahid Azhar@Nadzri, 52, Abu Ubaidah Ahnad Shukri, 35, dan Muhammad Fajrul Islam Khalid, 29.

Kesemua tertuduh didakwa menjadi anggota GISBH, yang disifatkan sebagai pertubuhan menyalahi undang-undang, di sebuah premis di Bandar Country Homes, Rawang antara Oktober 2020 hingga 11 September 2024.

Susulan itu, Nasiruddin dan 12 lelaki lain dihukum penjara 15 bulan kerana menganggotai pertubuhan menyalahi undang-undang.

Manakala isteri Nasiruddin dan lapan wanita pula didenda RM4,500 atas kesalahan yang sama oleh Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Seri Latifah Mohd Tahar, yang bersidang di Kompleks Penjara Kajang hari ini.

Mereka sebelum ini berdepan pertuduhan lebih berat iaitu menjadi ahli kumpulan jenayah terancang di bawah Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan, namun Jabatan Peguam Negara menerima representasi untuk menukar kepada pertuduhan pilihan.

Pertuduhan baharu dikemukakan mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335), yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara tiga tahun, denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mahkamah kini sedang mendengar hujahan mitigasi daripada peguam bela dan pemberatan hukuman oleh pihak pendakwaan sebelum hukuman dijatuhkan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Hasim, Mohammad Fakhrurrazi Ahmad Salim dan Norinna Bahadun, manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Datuk Rosli Kamaruddin. – 7 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

RM460m budget boost to power RTG, para-athletes, and regional games prep: KBS

With RM460 million secured for national sports development and RM240 million earmarked for the 2027 SEA Games, KBS sets its sights on building a comprehensive, sustainable sporting ecosystem

Four Malaysia Airlines flights cancelled, two more diverted amid heightened US-Iran tensions

Destinations involved were Doha and Jeddah following flight advisory on airspace risks, governments issue travel warnings to avoid Iran

◉ Related