◉ HEADLINES

Isu 40% hasil negeri Sabah: Kerajaan Persekutuan tidak akan buat rayuan

Kerajaan Persekutuan akan memulakan proses rundingan dengan Kerajaan Negeri Sabah dalam kadar segera

7:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan memutuskan untuk tidak membuat rayuan terhadap pemberian khas berdasarkan hasil 40 peratus negeri Sabah.

Pejabat Peguam Negara (AGC) dalam kenyataannya berkata, sehubungan itu Kerajaan Persekutuan akan memulakan proses rundingan bersama Kerajaan Negeri Sabah dengan kadar segera.

Kerajaan Persekutuan, kata AGC, menghormati prinsip Pemberian Khas berdasarkan 40% hasil sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Jelasnya, Mesyuarat Khas Jemaah Menteri telah diadakan hari ini bagi membincangkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu terkait Pemberian Khas Negeri Sabah yang diputuskan dalam Permohonan Semakan.

“Pada mesyuarat sama, Peguam Negara telah memberikan nasihat dan pandangan kepada Jemaah Menteri berhubung kecacatan dalam Alasan Penghakiman tersebut.

“Antaranya dakwaan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah telah menyalahgunakan kuasa dan melanggar kewajipan perlembagaan.

“Dakwaan ini bakal membabitkan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah sejak tahun 1974,’’ katanya.

Selain itu, kata AGC, Alasan Penghakiman juga menyatakan Kajian Semula selepas 2021 adalah menyalahi undang-undang, tidak rasional, terdapat ketidakaturan dari segi prosedur dan tidak berkadaran.

Kerajaan Persekutuan akan merayu berhubung kecacatan dalam Alasan Penghakiman tersebut.

“Oleh itu, Kerajaan Persekutuan memutuskan untuk tidak akan membuat rayuan terhadap Pemberian Khas berdasarkan 40 peratus hasil.

“Sehubungan itu, Kerajaan Persekutuan akan memulakan proses rundingan bersama Kerajaan Negeri Sabah dengan kadar segera,’’ katanya.

Isu mengenai tuntutan hasil Sabah itu juga merupakan faktor Datuk Ewon Benedick meletak jawatan sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Ewon, yang merupakan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berkata, beliau berpegang kepada prinsipnya dan akan terus memperjuangkan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 dan hak-hak Sabah dalam Perlembagaan Persekutuan.

Malah, katanya, beliau berpendirian Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak seharusnya memfailkan rayuan berhubung isu hak 40% itu. – 11 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

National Unity Ministry sec-gen lodges police report over graft allegations

Viral posting claims Datuk Azman Mohd Yusof orchestrated price markups, received kickbacks

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Lower assessment rates for PJ properties, but up to 25% higher quantum due to property value

MBPJ set to review real estate taxes for 2025, 33 years after last revision

◉ Related