HEADLINES

Kubur bertingkat: Wilayah Persekutuan sedang rangka garis panduan, kata Dr Zaliha

Dr Zaliha berkata kajian itu turut merangkumi penilaian model perkuburan di Singapura, Kedah dan Pulau Pinang

4:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, garis panduan pelaksanaan kubur bertingkat di Wilayah Persekutuan sedang dirangka berasaskan kajian Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Universiti Sains Malaysia (USM). 

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), kajian yang merupakan sebahagian usaha mencari alternatif baharu mengatasi kekangan tanah perkuburan sedia ada itu turut merangkumi penilaian model perkuburan di Singapura, Kedah dan Pulau Pinang.

“Kita juga tidak mahu tergesa-gesa dalam pelaksanaannya, perlu mengambil kira beberapa perkara seperti adat, sensitiviti dan amalan masyarakat setempat.

“Hasil kajian ini, insya-Allah akan digunakan dalam merangka garis panduan kubur bertingkat. Ini perkara baharu. Pengurusan kubur bertingkat ini contohnya di Masjid Al-Jamiul Badawi, Pulau Pinang boleh dijadikan sebagai rujukan, tetapi di Wilayah Persekutuan mungkin pendekatannya berbeza,” kata Dr Zaliha pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Zahir Hassan (PH-Wangsa Maju) yang ingin tahu sama ada kerajaan mempunyai rancangan untuk membuka tapak perkuburan baharu yang lebih dekat atau di dalam kawasan Kuala Lumpur berikutan jarak tanah perkuburan Islam di Hulu Semenyih, Selangor melebihi 40 kilometer dari Wangsa Maju.

Beliau menjelaskan, keputusan berhubung perkara itu hanya akan dimuktamadkan selepas proses libat urus bersama-sama menteri agama, Mufti Wilayah Persekutuan dan penduduk.

“Kapasiti untuk tapak-tapak perkuburan di Kuala Lumpur ini semakin kurang. Kini, pencapaian telah pun 70% dan dijangka hanya mampu bertahan hingga 2029, iaitu lebih kurang lima tahun sahaja lagi,” katanya.

Sebagai usaha jangka pendek, beliau menghargai usaha Jawi mengoptimumkan tanah perkuburan sedia ada melalui kerja-kerja peluasan dan pengaturan semula lot kubur melibatkan 11 tapak yang semakin penuh seperti disenaraikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Selain itu, beliau berkata Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) juga sedang berusaha untuk mempercepat pembukaan tanah perkuburan Islam di Hulu Semenyih yang dijangka pada 2028, bagi menampung keperluan pengebumian umat Islam di Kuala Lumpur bagi tempoh 28 tahun. – 13 November, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Best results since 2013: SPM 2024 shows improvement across the board

14,179 students scored straight A’s, significantly increasing from 11,713 last year and highest number in over a decade

Related