◉ HEADLINES

SPRM mohon beku 36 akaun bank susulan penahanan 11 anggota penguatkuasa

Semua 35 akaun bank itu melibatkan jumlah lebih RM3.1 juta

2:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memohon untuk membekukan 36 akaun berjumlah lebih RM3.1 juta susulan penahanan 11 individu melibatkan 10 pegawai agensi penguatkuasa dan seorang pesara agensi berkenaan.

Mereka ditahan dalam Op Bleach yang dijalankan Bahagian Perisikan SPRM kerana disyaki terbabit rasuah bagi mempercepat proses permohonan program pemutihan pendatang asing menerusi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK).

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, turut disita ialah empat kereta, lima motosikal, dua gold bar seberat 0.3 gram yang dianggarkan bernilai RM150, empat utas barang kemas bernilai kira-kira RM7,000 dan wang tunai RM116,702,” katanya, lapor Sinar Harian.

Azam memberitahu, mereka yang ditahan adalah bermula dari gred KP19/KP1 hingga KP38/KP7.

“Berdasarkan hasil siasatan, rasuah yang diterima adalah bagi mempercepatkan proses RTK yang dianggarkan sebanyak RM600 untuk setiap pekerja asing,’’ katanya.

Beliau berkata, semua tujuh individu yang ditahan reman sehingga Sabtu dibebaskan dengan jaminan.

“Setakat ini tiada tangkapan baharu dan seramai tujuh saksi sudah dipanggil bagi merakam percakapan,” katanya.

Pada Khamis, tujuh pegawai agensi penguat kuasa ditahan reman selama tiga hari sehingga hari ini, kerana disyaki terlibat rasuah bagi mempercepat proses permohonan program pemutihan pendatang asing menerusi Program RTK.

Kesemua suspek melibatkan empat lelaki dan tiga wanita berusia lingkungan 30 hingga 50-an, ditahan di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang menerusi Ops Bleach yang dijalankan Bahagian Perisikan SPRM semalam.

Ops Bleach adalah operasi susulan yang dijalankan SPRM berkait sindiket Counter Setting menerusi Ops Rentas dan Ops Dygo yang dijalankan baru-baru ini. – 15 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

◉ Related