HEADLINES

Isu pegawai berkuasa: Pejabat MB Selangor nafi dakwaan jahat, fitnah dan tidak berasas

Laporan kepada pihak berkuasa berkenaan fitnah ini akan dibuat oleh pegawai terbabit

3:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dakwaan yang dibuat melalui satu kumpulan WhatsApp yang mendakwa seorang pegawai kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sebagai ‘berkuasa dengan kekayaan yang tidak dapat diperjelaskan’ adalah berniat jahat dan bermotifkan politik.

Pejabat Menteri Besar Selangorr dalam kenyataannya berkata, berikutan itu laporan kepada pihak berkuasa berkenaan fitnah tersebut akan dibuat oleh pegawai terbabit.

Jelasnya, dakwaan liar berkenaan jelas berunsur fitnah, menyeleweng, tidak berfakta dan tidak mempunyai sebarang asas.

“Merujuk kepada beberapa laporan berita yang memetik sumber Whatsapp liar yang tidak dikenali yang merujuk kepada seorang pegawai di Pejabat Datuk Menteri Besar, ditegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah jelas berniat jahat dan bermotifkan politik.

“Dakwaan liar yang dibuat melalui satu kumpulan WhatsApp baharu sewaktu Menteri Besar sedang membentangkan Belanjawan Selangor 2026 di Dewan Negeri adalah jelas berunsurkan fitnah, menyeleweng dan tidak berfakta ataupun sebarang asas,’’ katanya.

Sehubungan itu, Pejabat Menteri Besar Selangor meminta semua pihak memfokus kepada agenda membangunkan negeri dan mengangkat martabat rakyat, bukan dengan politik tidak matang melalui pembinaan persepsi jahat, liar dan palsu.

Terdahulu, tular dakwaan dalam satu kumpulan WhatsApp ‘MB Selangor’ yang dikendalikan oleh seorang pentadbir dikenali sebagai ‘Madani’, yang meminta Amirudin menjawab persoalan mengenai kekayaan didakwa membabitkan seorang pegawainya.

Dakwaan itu menyebut individu terbabit juga dipercayai memegang terlalu terlalu banyak jawatan di bawah kerajaan negeri.

Selain Amirudin, kumpulan sembang itu turut disertai beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor daripada kerajaan dan pembangkang, beberapa pemimpin parti politik serta sekurang-kurangnya dua wartawan.

Malah nombor telefon milik Amirudin dalam kumpulan sembang itu juga telah disahkan.

Dalam kumpulan itu, ‘Madani’ menyampaikan mesejnya secara langsung kepada Amirudin dengan menggesanya supaya menjawab dengan jujur dan adil.

‘Madani’ turut mendakwa pegawai tersebut kini ‘menjadi jutawan’ sejak Amirudin memegang jawatan, memiliki sebuah rumah banglo bernilai mencecah RM3 juta dan mampu membawa keluarganya bercuti ke luar negara. – 16 November, 2025

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

[WATCH] GP fee hike may finally end clinic medicine markups: Dr Thirunavukarasu

Malaysian Medical Association president says decades of suppressed consultation rates forced clinics to rely on medicine sales — but warns patients will still bear rising healthcare costs despite long-overdue reforms

Right-wing commentator Ian Miles Cheong under police scrutiny

According to authorities, investigation focuses on alleged social media posts that could incite public unrest

Related