HEADLINES

Jika UPSR, PT3 dimansuhkan kerana format peperiksaan, apa beza SPM?: pakar pendidikan

Banyak pihak mendesak supaya UPSR dan PT3 dikembalikan kerana ia dikatakan penting untuk menilai tahap penguasaan murid sekolah rendah

3:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jika Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dimansuhkan kerana format dalam bentuk peperiksaan terlalu menekan, apa bezanya dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang turut menggunakan format peperiksaan.

Persoalan berkenaan dibangkitkan pensyarah kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Anuar Ahmad susulan penjelasan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mengesahkan SPM tidak akan dimansuhkan.

Menurut Anuar, beliau bersetuju SPM dikekalkan namun rakyat keliru bukan disebabkan status persijilan SPM tetapi format peperiksaan berkenaan.

“Bila rakyat bertanya mengapa UPSR dan PT3 dimansuhkan, jawapan yang diterima ialah format UPSR dan PT3 dalam bentuk peperiksaan terlalu menekan murid-murid.

“Maksudnya, format peperiksaan UPSR dan PT3 adalah ‘tidak baik’ untuk murid-murid maka ditukar format pentaksiran kepada Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Tiada lagi format peperiksaan melalui UPSR.

“Namun apa bezanya format peperiksaan yang digunakan untuk SPM, dan jika UPSR dengan format peperiksaan dikatakan ‘tidak baik’, mengapa pula SPM yang juga guna format peperiksaan adalah baik dan mesti dikekalkan,’’ soalnya.

Pensyarah kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Anuar Ahmad. – Gambar UKM, 21 November, 2025

Baru-baru ini, Fadhlina menerusi podcast Kerusi Biru mengesahkan kerajaan tidak pernah bercadang memansuhkan SPM dan menyifatkannya sebagai kelayakan tamat persekolahan paling penting di negara ini.

Jelasnya, pemansuhan UPSR dan PMR tidak wajar dikaitkan dengan SPM kerana fungsi penilaian tersebut adalah berbeza malah kerajaan tidak berhasrat untuk memansuhkan SPM.

Sebelum ini pelbagai pihak memberikan pandangan yang berbeza mengenai UPSR dan PMR, dengan ada yang mahu peperiksaan itu dikembalikan dan ada juga yang bersetuju dengan sistem yang ada sekarang.

Baru-baru ini, pengerusi Mara, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menggesa supaya peperiksaan UPSR dikembalikan semula, dengan alasan ia penting untuk menilai tahap penguasaan murid sekolah rendah.

“Peperiksaan seperti UPSR untuk mengukur tahap penguasaan ilmu pelajar,’’ katanya.

Dalam pada itu, Anuar berkata, hanya kekeliruan yang timbul dalam isu melibatkan format peperiksaan, bukan desakan untuk memansuhkan peperiksaan.

“Mereka cuma keliru mengapa format peperiksaan dikekalkan untuk persijilan SPM dan apakah kerana PBD tidak dipercayai ukurannya atau apakah PBD masih dilihat sebagai pantaksiran yang tidak telus.

“Apakah kerana PBD masih tidak diiktiraf di peringkat antarabangsa, atau format PBD masih tidak tinggi kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (realiability) berbanding amalan peperiksaan, justeru apakah alasan itu, kita terpaksa kekalkan juga format peperiksaan untuk SPM,’’ katanya. – 21 November, 2025

Topics

 

Hangat

[TONTON] Urus zakat secara audit bebas, profesional atasi ‘loopholes’: MCW

Jais Abdul Karim menegaskan kutipan zakat dan derma awam perlu diaudit secara profesional, dengan garis panduan jelas agar dana tidak disalahguna sambil mengingatkan, amil berhak menerima bahagian secukupnya — bukan bermewah — kerana ini ibadah, bukan perniagaan

Insiden FSO Sepat: Petronas sahkan tiga pekerja kontraktor maut, seorang parah bot jatuh dari pelantar

Proses bedah siasat terhadap tiga pekerja kontraktor yang maut akan dijalankan pada jam 8.30 pagi ini, manakala mangsa yang cedera parah masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)

[WATCH] ‘I’m not chasing money’: Shahmalarani Chandran on life in non-Olympic sport and the cost of elite commitment

National karate athlete Shahmalarani Chandran has opened up about the financial challenges faced by athletes in non-Olympic sports in Malaysia, saying her journey has been driven by passion, discipline and personal growth rather than financial reward, as she continues to balance elite competition with coaching and teaching responsibilities

Related