HEADLINES

10 Adun angkat sumpah anggota Kabinet Sabah, wakil BN antara dilantik

Mereka terdiri daripada tujuh Adun GRS serta masing-masing satu Adun UPKO, BN dan PH

5:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mengangkat sumpah sebagai anggota Kabinet negeri di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu di Kota Kinabalu hari ini.

Mereka terdiri daripada tujuh Adun Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta masing-masing satu Adun Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO), Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Mendahului senarai ialah Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, yang juga Adun Kundasang.

Turut mengangkat sumpah ialah Setiausaha Agung GRS Datuk Seri Masidi Manjun yang juga Adun Karanaan serta Presiden UPKO yang juga Adun Kadamaian Datuk Ewon Benedick.

Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif (Adun Membakut), Naib Presiden PGRS Datuk Rubin Balang (Adun Kemabong), Ketua Penerangan PGRS Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (Adun Apas) dan Ketua Bahagian PGRS Sugut Datuk James Ratib (Adun Sugut) juga mengangkat sumpah hari ini.

Selain itu, Setiausaha Agung PBS Datuk Julita Mojungki (Adun Matunggong), Setiausaha Umno Sabah Datuk Jafry Ariffin (Adun Sukau) dan Adun Melalap Datuk Jamawi Jaafar.

Pada awal pagi semalam, Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri ke-17.

Sehubungan dengan itu, komposisi anggota Kabinet Sabah yang telah selesai mengangkat sumpah terdiri lapan daripada GRS iaitu Hajiji, Joachim, Masidi, Mohd Arifin, James, Nizam, Rubin dan Julita.

Sementara itu, Ewon mewakili UPKO, Jafry daripada BN dan Jamawi daripada PH.

Mengikut keputusan rasmi PRN Sabah ke-17, GRS memperoleh 29 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan.

Parti Warisan (Warisan) pula mendapat 25 kerusi diikuti Barisan Nasional (6), Bebas (5), UPKO (3), Parti Solidariti Tanah Airku atau STAR (2) manakala Perikatan Nasional, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat dan Pakatan Harapan masing-masing menang satu kerusi.

Untuk berita terkini PRN Sabah ke-17, sila layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php. – 1 Disember, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related