HEADLINES

Kes 1MDB: Jho Low jadi proksi Najib, pernah bercuti bersama – hakim

Hakim menambah pihak pendakwaan mengemukakan bukti yang meyakinkan yang menunjukkan Jho Low menguruskan urusan bekas perdana menteri itu dalam 1MDB serta turut mengawasi akaun bank peribadinya di AmBank

2:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Low Taek Jho, yang dikenali sebagai Jho Low, dan Datuk Seri Najib Razak saling mengenali antara satu sama lain, dibuktikan oleh gambar-gambar mereka bercuti bersama.

Keputusan itu disampaikan oleh Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang ketika itu Hakim Mahkamah Tinggi dan kini merupakan Hakim Mahkamah Persekutuan.

Collin berkata, hujahan dan keterangan ketika perbicaraan mendapati Jho Low yang juga ahli perniagaan dalam buruan, bertindak sebagai proksi kepada Najib dalam urusan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Kredibiliti saksi-saksi pendakwaan kekal utuh walaupun selepas soal balas oleh pihak pembelaan yang mencabar penglibatan Jho Low,’’ katanya.

Dalam penghakimannya, Hakim Collin merujuk kepada keterangan saksi pendakwaan kesembilan, bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, yang menyatakan bahawa Jho Low bertindak sebagai dalang utama projek-projek 1MDB bagi pihak Najib.

“Seorang lagi saksi, iaitu saksi pendakwaan ke-15, bekas pengerusi 1MDB Tan Sri Mohd Bakke Salleh, memberi keterangan bahawa Jho Low bertindak sebagai pengantara antara lembaga pengarah dan tertuduh, dengan pihak pengurusan menerima arahan di luar lembaga,” kata Hakim.

Pihak pembelaan sebelum ini mendakwa keterangan saksi-saksi pendakwaan yang menyatakan mereka menerima arahan daripada Jho Low berkaitan 1MDB bagi pihak Najib merupakan keterangan dengar cakap (hearsay).

Hakim berkata tiada sebab untuk beliau menyemak semula dapatan keputusannya selepas peringkat pembelaan dipanggil.

“Mahkamah tidak akan meneliti semula hujahan pihak pembelaan bahawa keterangan tersebut merupakan keterangan dengar cakap, dengan mengambil kira adanya bukti dokumentan yang menyokong.

“Semua saksi memberi keterangan bahawa arahan tersebut daripada tertuduh sendiri. Semua komunikasi ini dianggap boleh diterima,” katanya.

Hakim Collin menyatakan bahawa beberapa individu, termasuk Jho Low dan Nik Faisal Ariff Kamil (seorang lagi bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB), tidak dapat dikesan, justeru sepina tidak dapat disampaikan kepada mereka.

Hakim menambah pihak pendakwaan mengemukakan bukti yang meyakinkan yang menunjukkan Jho Low menguruskan urusan bekas perdana menteri itu dalam 1MDB serta turut mengawasi akaun bank peribadinya di AmBank.

Mahkamah akan bersidang semula selepas solat Jumaat pada 3 petang.

Najib, 72, didakwa atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB melalui cawangan AmIslamic Bank Berhad di Jalan Raja Chulan antara 24 Feb 2011 hingga 19 Dis 2014.

Beliau didakwa di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama, dengan penjara sehingga 20 tahun dan denda sama ada lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, bekas Perdana Menteri itu didakwa melakukan kesalahan di bank yang sama antara 22 Mac 2013 hingga 30 Ogos 2013.

Pertuduhan tersebut dikemukakan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001, yang memperuntukkan denda maksimum RM5 juta dan penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – 26 Disember, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related