◉ HEADLINES

Dakwaan Hamzah letak jawatan Ketua Pembangkang adalah palsu

Bersatu menyifatkan penyebaran kenyataan mengenai peletakan jawatan palsu itu sebagai perbuatan khianat oleh pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mencetuskan kekeliruan politik

10:28 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dakwaan yang tular di media sosial kononnya Datuk Seri Hamzah Zainudin meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang adalah palsu.

Astro Awani yang memetik sumber berkata, parti Bersatu menyifatkan penyebaran kenyataan mengenai peletakan jawatan palsu itu sebagai perbuatan khianat oleh pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mencetuskan kekeliruan politik.

“Hamzah ketika ini sedang berada di Mekah bermula 26 Disember hingga 6 Januari 2026 bagi menunaikan ibadah umrah,” ujarnya.

Beliau turut berharap agar ruang dapat diberikan kepada Hamzah untuk menunaikan ibadah tanpa sebarang gangguan atau spekulasi tidak berasas.

Semalam tular satu kenyataan di media sosial yang mendakwa Hamzah meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang susulan pengunduran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN).

Ia mendakwa keputusan ini dibuat setelah pertimbangan menyeluruh demi memastikan kesinambungan kepimpinan dan kestabilan PN bergerak selari dengan hala tuju baharu di bawah Pengerusi yang akan dilantik kelak.

Kenyataan itu tular beberapa jam selepas Muhyiddin mengumumkan akan melepaskan jawatan berkuat kuasa 1 Januari 2026.

Turut mengikut langkah sama adalah Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Pengerusi PN Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Pengerusi PN Johor, Sahruddin Jamal; Pengerusi PN Negeri Sembilan, Mohamad Hanifah Abu Baker; dan Setiausaha PN Selangor, Dr Afif Bahardin.

Topics

 

◉ Hangat

LRT 3 fault free run: Meeting between Prasarana and main con scheduled next week

Transport Minister Anthony Loke says FFR still pending as priority is safety

Negeri Sembilan crisis highlights flaws in Malaysia’s electoral system: Projek Sama

Watchdog calls for electoral reform, warning that similar political crises may recur unless systemic changes are addressed

Budget 2026: RM580m boost for sports development

Funding will strengthen elite programmes, prepare for the 2027 SEA and Asean Para Games, and upgrade facilities while expanding support for para-athletes

◉ Related