HEADLINES

Kerajaan akan hadkan penggunaan kad kredit asing di stesen minyak

KPDN juga sedang meneliti beberapa pindaan perundangan termasuk tindakan terhadap individu yang mengisi atau cuba mengisi petrol RON95 secara tidak sah, menggunakan identiti orang lain serta sebarang kaedah penipuan

6:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang mengkaji mekanisme bagi menyekat penggunaan kad kredit asing untuk pembelian petrol RON95 di negara ini, kata Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali.

Menurut Armizan, ia bagi memastikan subsidi hanya dinikmati rakyat yang layak.

Armizan memberitahu, KPDN juga sedang meneliti beberapa pindaan perundangan termasuk tindakan terhadap individu yang mengisi atau cuba mengisi petrol RON95 secara tidak sah, menggunakan identiti orang lain serta sebarang kaedah penipuan.

Beliau berkata, langkah memperkasakan perundangan itu perlu dilakukan bagi menutup ruang manipulasi seperti penggunaan nombor pendaftaran palsu atau taktik memperdaya pengusaha stesen.

“Pada masa ini, liabiliti penguatkuasaan lebih tertumpu kepada pemegang lesen atau pengusaha premis barang kawalan.

“Ia juga memberikan kejelasan tanggungjawab yang munasabah kepada pengusaha stesen minyak tanpa meletakkan beban tidak praktikal seperti keperluan menyemak butiran teknikal kenderaan di luar kemampuan operasi harian mereka.

“Ini kerana prinsip asasnya RON95 merupakan barang kawalan bersubsidi yang diperuntukkan kepada warganegara Malaysia melalui kenderaan berdaftar Malaysia, selaras dengan dasar penyasaran subsidi,” katanya menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Armizan berkata kerajaan akan mengumumkan pengurangan kadar insentif gula dalam masa terdekat.

“Secara asasnya kita sedang meneliti bersama Kementerian Kewangan mengenai hala tuju harga gula putih bertapis ini, namun sambil kita menunggu hala tuju yang muktamad ditetapkan, langkah awal kita akan kurangkan insentif,” katanya.

Pemberian insentif kewangan berjumlah RM42 juta sebulan kepada pengilang gula tempatan dibuat sebagai langkah sementara kerajaan sejak November 2023 bertujuan memastikan bekalan barangan keperluan disalurkan secara berterusan.

Pada sesi sama, Armizan memaklumkan satu pelan tindakan kos sara hidup akan dilancarkan pada suku kedua tahun ini bagi memastikan sebarang tindakan ke hadapan diambil secara lebih berkesan dan bersasar. – 9 Februari, 2026

Topics

 

Hangat

National Unity Ministry sec-gen lodges police report over graft allegations

Viral posting claims Datuk Azman Mohd Yusof orchestrated price markups, received kickbacks

No smoke from fires crossing into neighbouring nations, Indonesia reiterates

Indonesia has doubled down on its assertions that none of its smoke haze arising from forest and land fires has reached its neighbouring countries.

Six foreign players max on matchday under new MFL rule

Set to start in 2025-2026 M-League season, new quota reflects MFL’s commitment to strengthening national squad, ensuring clubs spend within their means

Related