KUALA LUMPUR – Datuk Seri Saripuddin Kasim meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) bagi meneruskan kepentingan yang lain, berkuat kuasa 1 Mac, 2026.
Dalam kenyataan hari ini, MRT Corp menjelaskan pihaknya menzahirkan penghargaan kepada Saripuddin atas kepimpinan dan bimbingan beliau sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai pengerusi serta mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau.
Saripuddin dilantik sebagai Pengerusi MRT Corp pada 19 Nov, 2025. – 3 Mac, 2026
