HEADLINES

‘Saya tidak akan benarkan Hamzah masuk PN’: Muhyiddin

Bekas Perdana Menteri menolak sebarang kerjasama dengan Hamzah Zainudin, menegaskan beliau akan pertahankan Bersatu walau seorang diri demi mengelak parti ‘rosak’

10:37 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menegaskan beliau tidak akan menerima sebarang kerjasama dengan Hamzah Zainudin selepas merasakan dirinya pernah ‘dikhianati’.

Bekas Perdana Menteri itu menolak kemungkinan Hamzah menyertai Perikatan Nasional (PN) melalui parti baharu, sambil menekankan kepercayaan sukar dipulihkan.

“Saya tidak berapa yakin perkara itu boleh berlaku. Kalau dia hendak cari haluan, itu hal dialah. Tapi kalau dia nak masuk PN… saya akan jawab tidak boleh sebab ‘once bitten twice shy’. Orang yang sudah buat begitu, hang nak masuk balik? Tidak semudah itu,” katanya, menegaskan keputusan menerima keahlian PN bukan hak satu pihak tetapi mesti dipersetujui parti komponen.

Muhyiddin turut mendedahkan Hamzah pernah menafikan pengkhianatan dengan berkata, “No sir, I am always your supporter. Number one supporter.” Namun, beliau menolak kata-kata itu. “Apabila anda hilang keyakinan dengan seseorang kerana ia tidak berlaku jujur, ia perkara besar. Saya perlu lindungi parti saya. Takkan boleh biarkan orang rosakkan parti saya,” tegasnya lapor BH.

Hamzah kekal sebagai Ketua Pembangkang walaupun terdapat bantahan daripada Bersatu, dengan sokongan 13 Ahli Parlimen parti itu serta lima lagi yang telah dipecat. Beliau sebelum ini mengesahkan wujud perbincangan awal untuk mengambil alih Parti Keluarga Malaysia, yang dikatakan berpotensi menyertai PN.

Muhyiddin menegaskan Bersatu masih kukuh walaupun berdepan pemecatan beberapa pemimpin. Beliau menyebut barisan pelapis seperti Radzi Jidin, Faizal Azumu, Azmin Ali, Hilman Idham dan Dr Afif Bahardin sebagai bukti parti tidak goyah.

“Bersatu masih kukuh, relatifnya masih kukuh. Beritahu saya kalau ramai sudah ikut Hamzah, berapa ratus ribu yang ikut beliau? Berapa ketua bahagian yang sudah cabut lari? Bukan semua Ahli Parlimen atau Adun… yang lain masih utuh,” katanya.

Beliau menambah, kepimpinan muda akan mengambil alih parti tidak lama lagi. “Saya tak fikir akan menongkat langit sampai mati. Parti membuat keputusan untuk kekalkan saya selama tiga tahun, ada dua tahun lagi. Sampai masa saya serah, saya serahlah. Politik tidak semudah kata hendak berhenti, ada cara dan persiapan. Saya akan sampai ke situ tidak lama lagi,” ujar Muhyiddin. – 4 Mac, 2026

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Govt to raise alcohol excise duty by 10% from November 2025, tobacco taxes also up: Anwar

Prime Minister says the move, announced under Budget 2026, aims to promote healthier lifestyles and reduce access to alcohol and tobacco, with additional revenue channelled to the Health Ministry

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related