KUALA LUMPUR – Kementerian Luar Negeri menasihati rakyat Malaysia supaya menangguhkan perjalanan ke negara Timur Tengah termasuk yang berhasrat untuk mengerjakan umrah atau ziarah.
Wisma Putra dalam kenyataan berkata, ia susulan peningkatan ketegangan konflik yang semakin memuncak di rantau berkenaan.
Menurutnya, nasihat perjalanan itu akan terus berkuat kuasa sehingga suatu masa yang akan dimaklumkan kelak.
“Sehubungan itu, Wisma Putra memohon kerjasama dan kefahaman semua pihak, termasuk agensi pelancongan.
“Pada masa yang sama, kementerian sedang bekerjasama dengan Perwakilan Diplomatik Malaysia, kerajaan negara berkaitan serta syarikat penerbangan bagi mengatur usaha evakuasi rakyat Malaysia yang terkandas susulan penggantungan penerbangan dan penutupan ruang udara.
“Usaha evakuasi ini juga membabitkan rakyat Malaysia yang ingin kembali ke tanah air, berdasarkan pangkalan data rakyat Malaysia yang berdaftar,” katanya, semalam.
Menurut kenyataan sama, rakyat Malaysia digesa untuk segera mendaftar dan mengemaskini maklumat perhubungan masing-masing dengan Kedutaan Besar Malaysia atau Perwakilan Malaysia yang terdekat atau melalui e-Konsular di https://ekonsular.kln.gov.my bagi memudahkan penyelarasan evakuasi.
“Perwakilan Diplomatik Malaysia di negara-negara terjejas sudah berhubung dengan rakyat Malaysia sejak peringkat awal konflik bagi menyalurkan bantuan konsular serta mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk tujuan perancangan kontingensi.
“Rakyat Malaysia di negara-negara terjejas digesa supaya sentiasa mengamalkan tahap kewaspadaan yang tinggi, mengelakkan kawasan operasi ketenteraan dan perhimpunan awam, serta mematuhi sepenuhnya arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.
“Wisma Putra akan memastikan usaha evakuasi ini dilaksanakan dengan sebaiknya dengan kerjasama semua pihak berkaitan demi menjaga kepentingan dan keselamatan rakyat Malaysia,” katanya.
Sekiranya berlaku kecemasan atau mana-mana rakyat Malaysia memerlukan bantuan konsular, sila hubungi Perwakilan Diplomatik Malaysia yang berhampiran:
KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI TEHRAN, IRAN
Tel: +98 21 8807 2444 / +98 21 8807 8606 / +98 933 535 2602 (Kecemasan)
E-mel: [email protected]
KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI BAGHDAD, IRAQ
Tel: +964 787 859 8775 (Kecemasan)
E-mel: [email protected]
KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI AMMAN, JORDAN
Tel: +962 6590 2400 / +962 78590 2400 (Kecemasan)
E-mel: [email protected]
KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI KUWAIT CITY, KUWAIT
Tel: +965 2255 0394 / +965 2255 0395 / +965 9678 3036 (Kecemasan)
E-mel: [email protected]
KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI DOHA, QATAR
Tel: +974 4483 6463 / +974 4483 6493 (Kecemasan)
E-mel: [email protected]
KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI MANAMA, BAHRAIN
Tel: +973 1756 4551 / +973 3899 0749 (Kecemasan)
E-mel: [email protected]
KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI ABU DHABI, UAE
Tel: +971 2 4482 775 / +971 2 4482 776
E-mel: [email protected]
KONSULAT JENERAL MALAYSIA DI DUBAI, UAE
Tel: +971 4 3985 847 / +971 50 737 9196 (Kecemasan)
E-mel: [email protected]
Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi terus Kementerian:
BILIK OPERASI KEMENTERIAN LUAR
Tel: +603-8887 4570
E-mel: [email protected]
BAHAGIAN KONSULAR, KEMENTERIAN LUAR
Tel: +603-8887 4597 / +603-8887 4769 / +603-8887 4264
E-mel: [email protected]
Bilik Operasi Kementerian di Putrajaya kekal diaktifkan sepenuhnya selama 24 jam.
Amerika Syarikat (AS) dan Israel pada Sabtu (28 Feb) mula menyerang beberapa lokasi di seluruh Iran, termasuk di ibu negara Tehran.
Sebagai tindak balas terhadap serangan bersama AS-Israel itu, tentera Iran melancarkan serangan ke atas empat pangkalan tentera AS di Qatar, Bahrain, Kuwait, dan UAE. – 6 Mac, 2026
