HEADLINES

Keputusan 40 peratus hasil Sabah muktamad, kerajaan komited tunai tuntutan: PM

Ia merupakan komitmen penuh dalam usaha dalam usaha merealisasikan tuntutan berkenaan seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)

8:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa keputusan tuntutan 40 peratus hasil Sabah adalah muktamad dan tidak ada rayuan difailkan.

Menurut Perdana Menteri, ia merupakan komitmen penuh dalam usaha merealisasikan tuntutan berkenaan seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Kita (kerajaan Persekutuan) tidak merayu kes 40 peratus (hasil Sabah) dan itu sudah muktamad. Bagi pihak kerajaan, kami telah memberikan jaminan, ini adalah komitmen yang tegas, dan keputusan dasar.

“Saya telah nyatakan dalam Kabinet dan Parlimen, tiada rundingan. Kami komited untuk menunaikan komitmen 40 peratus kepada rakyat Sabah,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Madani 2026 Peringkat Negeri Sabah di Kompleks Dewan Kuliah Pusat Ke-2, Universiti Malaysia Sabah (UMS), di Sabah, hari ini.

Pada 17 Oktober tahun lalu, Mahkamah Tinggi mengiktiraf hak Sabah untuk menerima 40 peratus daripada hasil bersih Persekutuan yang diperoleh daripada negeri itu bagi tempoh antara 1974 hingga 2021, yang lazimnya dirujuk sebagai ‘tahun-tahun’ yang hilang.

Pada majlis berkenaan, Anwar turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.525 juta kepada lima sekolah pondok dan pusat tahfiz di Sabah bagi menaik taraf infrastruktur serta memperkenalkan pendidikan digital termasuk kecerdasan buatan (AI).

Langkah itu, katanya, mencerminkan komitmen Kerajaan Madani dalam memperkasakan institusi pendidikan Islam tradisional agar selari dengan perkembangan semasa tanpa menjejaskan tradisi pengajian pondok.

Lima institusi yang menerima peruntukan itu ialah Pondok Pesantren Nurul Ihsan dan Pondok Miftahussalam di Sandakan; Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran Babussalam dan Pondok Al-Hasyimi di Kudat; serta Pondok Fii Dzilalil Quran di Kota Belud.

“Institusi pondok dan tahfiz perlu menyesuaikan diri dengan perubahan dunia termasuk kemajuan teknologi dan kecerdasan buatan,” katanya.

Beliau turut memberitahu, kerajaan tidak akan campur tangan dalam kurikulum tradisional yang diajar di institusi pondok dan tahfiz, namun mencadangkan supaya semua institusi pendidikan termasuk sekolah agama memastikan pelajar menguasai bahasa Melayu serta memahami sejarah negara.

“Keadaan berubah, dunia sekarang melihat benteng pertahanan itu boleh ditembusi kerana rapuh, kerana kekuatan baharu itu transformasi digital, kecerdasan buatan dan kita kalah dari segi itu.

“Jadi saya bersyukurlah, alhamdulillah kerana pondok-pondok yang kita jemput setuju, jalankan kurikulum mereka ada sekarang, kita tidak campur, kita cuma tambah bahasa, tambah sejarah dan tambah pendidikan digital dan kecerdasan buatan,” kata beliau. – 15 Mac, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Axelsen confirms split from wife, just over a week after World Championships withdrawal

The Dane revealed the news on social media on Tuesday evening, saying the decision to part ways was made on amicable terms

Related