◉ HEADLINES

Mesir beri jaminan mudahkan akses bantuan kemanusiaan Malaysia ke Gaza mulai April: Anwar

Malaysia tidak akan sesekali tunduk kepada sebarang halangan khususnya daripada rejim Zionis Israel yang terus merencatkan usaha kemanusiaan ini

12:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi memberi jaminan dan komitmen untuk memudahkan penyaluran 374 tan bantuan kemanusiaan Malaysia kepada rakyat Gaza melalui pintu sempadan Rafah bermula April ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah memohon kerjasama dengan Mesir ketika berinteraksi bersama El-Sisi sebelum ini.

Menurut Anwar, Malaysia tidak akan sesekali tunduk kepada sebarang halangan khususnya daripada rejim Zionis Israel yang terus merencatkan usaha kemanusiaan ini.

“Alhamdulillah, Presiden El-Sisi memberikan jaminan dan komitmen jelas untuk memastikan akses ini dipermudah, sekali gus membolehkan bantuan segera disalurkan kepada lebih 100,000 penduduk Gaza yang amat memerlukan,’’ katanya.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Anwar berkata, ketika dunia diuji dengan ketidakpedulian dan hipokrasi, Malaysia akan terus berdiri sebagai suara yang berprinsip dan bermaruah, mempertahankan hak mereka yang tertindas.

“Mohon doa agar segala urusan dipermudah dan bantuan ini sampai dengan selamat kepada saudara kita di Gaza, Insya-Allah,’’ katanya. – 29 Mac, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

◉ Related