HEADLINES

Pakej ransangan tidak semestinya berskala besar tetapi perlu tersusun, dilaksana berperingkat: Zafrul

Saya yakin Perdana Menteri akan terus membuat keputusan yang tepat demi melindungi rakyat dan ekonomi negara, kata Tengku Zafrul

4:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu bertindak pantas apabila keadaan berubah dan bersedia untuk kemungkinan yang lebih mencabar sekiranya konflik Asia Barat berlarutan dan memberi tekanan berterusan kepada kos tenaga dan rantaian bekalan.

Bekas menteri dan penasihat kanan politik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata stimulus (pakej ransangan) atau inisiatif tambahan seterusnya tidak semestinya berskala besar tetapi perlu lebih tersusun, dilaksanakan secara berperingkat dan diaktifkan apabila keadaan memerlukan.

“Kesannya kepada rakyat tidak datang sekali gus tetapi berperingkat dan semakin berat jika tidak ditangani dengan baik.

“Kerajaan telah pun mengambil langkah awal untuk melindungi rakyat dan sehingga kini, sekitar RM4 bilion telah dibelanjakan melalui Inisiatif Sokongan Rakyat, yang pada asasnya merupakan satu bentuk stimulus bersasar bagi menyerap kesan kenaikan harga minyak global.

“Hasilnya RON95 kekal pada RM1.99 seliter dan sokongan diesel diteruskan untuk sektor yang layak,’’ katanya menerusi hantaran di media sosial hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) memberitahu, sejarah menunjukkan bahawa dalam setiap krisis iaitu krisis kewangan Asia pada 1998, Krisis Kewangan Global (2008) dan Pandemik Covid-19 (2020), negara mampu bertindak dengan pantas dan bersedia menghadapi kemungkinan yang lebih mencabar, akan lebih mampu melindungi rakyat serta pulih dengan lebih cepat.

“Kita semua faham kepentingan disiplin fiskal itu tidak pernah dipersoalkan tetapi dalam situasi krisis, mana-mana kerajaan pun tidak boleh bersembunyi di sebalik angka semata-mata.

“Rakyat sedang berdepan dengan tekanan kos sara hidup yang nyata, itu realiti harian dan hakikatnya, empati itu sama penting dengan disiplin,’’ katanya.

Tengku Zafrul memberitahu, apabila keadaan memerlukan, beliau yakin kerajaan akan mengambil tindakan sewajarnya, bukan sekadar menjelaskan, tetapi menyelesaikan.

“Tanggungjawab kerajaan adalah jelas iaitu memastikan apabila keadaan berubah, kita bukan sekadar bersedia, tetapi mampu bertindak dengan pantas dan tepat.

“Saya yakin Perdana Menteri akan terus membuat keputusan yang tepat demi melindungi rakyat dan ekonomi negara,’’ katanya. – 2 April, 2026

Topics

 

Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Mutiara LRT project kicks off as Penang’s six-year construction timeline begins

SRS Consortium receives notice to proceed with first civil works; RM13 billion project slated for completion by 2031

Related