HEADLINES

Kritik terbuka Rafizi jejas keharmonian, kekuatan PKR

MPN Keadilan Johor melihat situasi ini bukan lagi sekadar keberanian bersuara sebaliknya boleh disalahtafsir sebagai tindakan yang memberi kesan kurang baik kepada kestabilan parti

3:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tindakan berterusan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Mohd Rafizi Ramli yang membuat kenyataan secara terbuka berpotensi memberikan kesan kepada keharmonian dalaman serta kekuatan PKR.

Dalam kenyataan bersama Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Johor, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan timbalannya, Md. Ysahrudin Kusni, berkata, pendekatan menyuarakan isu secara terbuka khususnya yang meilbatkan tuduhan serius, wajar ditangani dengan lebih berhati-hati agar tidak menjejaskan disiplin parti dan kepercayaan anggota.

Kenyataan itu menekankan adalah lebih baik segala pandangan disalurkan menerusi ruang yang sesuai agar tidak memberi ruang kepada pihak luar untuk memanipulasi keadaan.

“MPN Keadilan Johor turut melihat situasi ini bukan lagi sekadar keberanian bersuara, tetapi boleh disalah tafsir sebagai tindakan yang memberi kesan kurang baik kepada kestabilan parti,’’ katanya.

Sebelum ini beberapa pihak telah menegur Rafizi dan mendakwa serangannya terhadap parti serta kerajaan telah menimbulkan polemik yang tidak perlu selain naratif yang mengelirukan.

Antaranya ialah pengerusi PKR Kelantan, Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor, yang mengingatkan bahawa menyerang parti secara terbuka tanpa berusaha menyelesaikan isu secara dalaman akan membolehkan pihak lain memanipulasi keadaan.

Sementara Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Sarawak, Mahmud Epah, menyifatkan tindakan dan kenyataan terbuka bekas Timbalan Presiden PKR itu sebagai liabiliti terbesar terhadap perjuangan Reformasi dan imej parti.

Mahmud turut menggesa Rafizi agar segera meninggalkan parti sekiranya tidak lagi sehaluan dengan hala tuju Keadilan.

Dalam pada itu, MPN Keadilan Johor berpandangan pendekatan yang lebih berhemah amat diperlukan.

“Apabila bekas pimpinan yang mengambil keputusan untuk terus menyuarakan kritikan secara terbuka, ia secara semula jadi menimbulkan persoalan dalam kalangan anggota mengenai hala tuju dan keutamaan bersama,’’ katanya.

Sebarang tindakan yang boleh menjejaskan imej parti, katanya, perlu ditangani dengan bijaksana dan PKR Johor komited untuk mempertahankan kestabilan serta mernastikan parti terus bergerak ke hadapan secara tersusun,’’ katanya. – 3 April, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related