HEADLINES

Rundingan AS-Iran gagal, tiada persetujuan dicapai : Vance

Naib Presiden AS, JD Vance berkata rundingan dengan Iran gagal mencapai persetujuan, sambil menyatakan bahawa beliau meninggalkan perbincangan setelah mengemukakan "tawaran terakhir dan terbaik."

10:47 AM MYT

 

ISLAMABAD – Rundingan Amerika Syarikat (AS) dengan Iran gagal mencapai persetujuan, kata Naib Presiden Amerika Syarikat, JD Vance.

Memetik laporan Reuters, Vance, berkata pada Ahad bahawa pasukan perundingannya meninggalkan Pakistan selepas 21 jam rundingan diadakan.

Menurut Vance, kekurangan dalam perbincangan itu dan berkata Iran telah memilih untuk tidak menerima syarat Amerika, termasuk untuk tidak membangunkan senjata nuklear.

“Berita buruknya ialah kita tidak mencapai persetujuan, dan saya fikir itu lebih buruk bagi Iran berbanding Amerika Syarikat,” kata Vance.

“Jadi kita kembali ke Amerika Syarikat tanpa mencapai sebarang persetujuan. Kami telah menjelaskan dengan sangat jelas apakah garis merah kami,’’ katanya.

Vance memberitahu, beliau bercakap dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sebanyak enam kali sepanjang rundingan tersebut.

Pakistan menjadi tuan rumah rundingan itu sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan konflik serantau yang lebih meluas di bawah gencatan senjata rapuh selama dua minggu yang diusahakan pada awal minggu ini.

Rundingan di Islamabad itu merupakan pertemuan langsung pertama antara Amerika Syarikat dan Iran dalam tempoh lebih sedekad serta perbincangan peringkat tertinggi sejak Revolusi Islam Iran 1979.

Keputusan rundingan ini boleh menentukan nasib gencatan senjata rapuh selama dua minggu serta pembukaan semula Selat Hormuz, laluan sempit yang mengendalikan kira-kira 20% bekalan tenaga global dan yang telah disekat Iran sejak perang bermula.

Konflik ini telah menyebabkan harga minyak global melonjak dan mengorbankan ribuan nyawa.

Dalam satu hantaran di X, kerajaan Iran menyatakan bahawa rundingan telah berakhir dan pakar teknikal dari kedua-dua pihak akan bertukar dokumen.

“Rundingan akan diteruskan walaupun masih terdapat beberapa perbezaan,” menurut hantaran itu, namun tidak menyatakan bila ia akan disambung semula.

Vance, utusan khas Steve Witkoff dan menantu Trump, Jared Kushner, bertemu dengan Speaker Parlimen Iran, Mohammad Baqer Qalibaf, serta Menteri Luar, Abbas Araqchi, selama dua jam sebelum berehat, menurut sumber daripada pihak perantara Pakistan.

Delegasi Iran tiba pada hari Jumaat dengan berpakaian hitam sebagai tanda berkabung atas kematian Pemimpin Tertinggi, Ayatollah Ali Khamenei, serta individu lain yang terkorban dalam perang.

Mereka membawa kasut dan beg milik beberapa pelajar yang terbunuh semasa pengeboman Amerika Syarikat ke atas sebuah sekolah bersebelahan kompleks tentera, menurut kerajaan Iran.

Pentagon menyatakan bahawa serangan itu sedang disiasat, namun Reuters melaporkan bahawa penyiasat tentera percaya Amerika Syarikat berkemungkinan bertanggungjawab terhadap kejadian tersebut. – 12 April, 2026

Topics

 

Hangat

[UPDATED] Welcome back to the Black Parade: My Chemical Romance set to rock Malaysia in 2026

Emo legends to play Bukit Jalil on April 30 as part of their long-awaited world tour, with Malaysian tickets ranging from RM299 to RM1,099 and sales opening on July 11, 2025

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Is it costly for small businesses to obtain halal certification?

A restaurant owners’ group agrees it can be, while application guidelines show fee is not high but added costs lie in the process to achieve compliance

Related