HEADLINES

UM mohon maaf, akui terlepas pandang babak ‘panas’ pementasan teater

Pengurusan UM mendedahkan babak intim tersebut tidak ada dalam saringan awal persembahan teater tersebut

10:38 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) hari ini tampil memohon maaf secara terbuka susulan tularnya sebuah klip video memaparkan babak intim dalam satu pertandingan teater di kampus tersebut yang mencetuskan kemarahan hebat dalam kalangan warga maya.

Pihak pengurusan universiti menegaskan bahawa aksi “panas” itu merupakan pelanggaran jelas terhadap garis panduan sedia ada dan sama sekali tidak sepatutnya berlaku di institusi menara gading tersebut.

Hasil siasatan awal mendapati babak kontroversi itu merupakan tambahan saat akhir yang tidak terdapat dalam skrip asal. Skrip tersebut sebelum ini telah ditapis oleh pihak penganjur, namun aksi yang dipersembahkan di atas pentas nyata lari daripada perancangan asal.

“UM memohon maaf atas kecuaian yang berlaku dan kebimbangan yang timbul akibat kejadian ini. Universiti tidak akan berkompromi dengan sebarang pelanggaran garis panduan atau peraturan yang telah ditetapkan.”

Susulan insiden itu, universiti tertua negara ini mengambil tindakan drastik dengan membatalkan kelayakan penyertaan kumpulan tersebut serta-merta.

“Pementasan berkenaan diputuskan sebagai tidak layak untuk dinilai dan tindakan susulan sedang dilaksanakan bagi memperkukuh pemantauan serta memastikan ia tidak berulang,” jelas kenyataan itu lagi.

Insiden ini mula mendapat perhatian apabila sebuah video pendek tular di platform media sosial sejak semalam.

Rakaman berkenaan memaparkan dua pelakon melakukan aksi fizikal yang dianggap tidak senonoh di atas pentas di hadapan penonton yang rata-ratanya terdiri daripada mahasiswa. Rata-rata netizen menyifatkan persembahan tersebut sebagai melampau serta mencemarkan imej UM sebagai universiti elit.

Pihak UM menjelaskan bahawa setiap aktiviti pelajar tertakluk kepada peraturan ketat yang mewajibkan setiap persembahan bebas daripada unsur negatif, provokasi, atau kandungan yang boleh menjejaskan nilai agama, moral, etika dan budaya.

Kes ini kini dalam perhatian serius pihak pengurusan tertinggi universiti bagi tindakan tatatertib selanjutnya terhadap individu yang terlibat. – 16 April, 2026

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Related