◉ HEADLINES

Pematuhan Akta 872 rendah, Perkeso gesa platform bertindak segera lindungi pekerja Gig

Proses on-boarding ketika ini hanya membabitkan kira-kira dua peratus daripada anggaran 1.2 juta pekerja gig di Malaysia, walaupun infrastruktur sistem digitalnya sudah siap sepenuhnya

1:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menggesa penyedia platform untuk segera menyelaraskan sistem serta mengemukakan daftar maklumat pekerja masing-masing bagi mematuhi Akta Pekerja Gig 2025 (Akta 872).

Perkeso dalam kenyataan hari ini memaklumkan, gesaan itu dibuat susulan proses on-boarding ketika ini hanya membabitkan kira-kira dua peratus daripada anggaran 1.2 juta pekerja gig di Malaysia, walaupun infrastruktur sistem digitalnya sudah siap sepenuhnya.

“Langkah berkenaan bukan sekadar keperluan pematuhan undang-undang, malah tindakan kritikal bagi memastikan perlindungan sosial yang konsisten dan berterusan kepada golongan pekerja gig.

“Hal ini (kerana) pekerja gig sentiasa terdedah kepada risiko kemalangan semasa mencari rezeki, justeru sebarang kelewatan dalam integrasi sistem bakal memberi implikasi terhadap kelangsungan pendapatan sekiranya ditimpa bencana kerja,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan Perkeso itu, pihaknya mengambil maklum kegurasan yang disuarakan Gabungan e-Hailing Malaysia (GEM), berhubung tahap pematuhan akta berkenaan dan bersedia mengambil pendekatan lebih tegas melalui penguatkuasaan, sekiranya penyedia platform masih gagal mematuhi keperluan di bawah akta berkenaan.

Kenyataan itu memaklumkan bahawa penyedia platform, wajar memastikan perlindungan keselamatan sosial diberikan kepada pekerja gig, kerana ia merupakan hak asas yang menyokong kelestarian operasi industri berkenaan.

“Perlindungan keselamatan sosial bukan sekadar tuntutan perundangan, sebaliknya satu amanah untuk menjaga kebajikan pekerja yang menyumbang kepada ekonomi negara,” menurut kenyataan itu. – 25 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

◉ Related