HEADLINES

Kerajaan pantau pasaran buruh, lindungi peluang pekerjaan susulan krisis bekalan global : Akmal Nasrullah

Kejutan ekonomi terhadap pekerjaan lazimnya mengambil masa yang lebih lama untuk dirasai berbanding petunjuk ekonomi lain justeru sektor pekerjaan kekal sebagai antara yang dipantau kerajaan

12:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang memantau rapat pasaran buruh dan memastikan ekonomi terus bergerak bagi mengekalkan peluang pekerjaan ketika krisis bekalan global memberikan risiko kepada aktiviti ekonomi, kata Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Menurut Akmal yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru, kejutan ekonomi terhadap pekerjaan lazimnya mengambil masa yang lebih lama untuk dirasai berbanding petunjuk ekonomi lain.

Justeru, sektor pekerjaan akan kekal sebagai antara petunjuk utama yang dipantau kerajaan.

“Pengangguran pada April meningkat berbanding Mac, namun secara keseluruhannya masih lebih rendah berbanding Januari. Ini bermakna kesan penuh krisis semasa masih belum tercermin sepenuhnya dalam pasaran buruh,” katanya, lapor The Star.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program korban di Masjid Jamek Bandar Baru Uda di Johor Bahru, hari ini.

Akmal turut memberitahu, tumpuan segera kerajaan sejak bermulanya krisis adalah memastikan kelangsungan aktiviti ekonomi dengan menangani isu berkaitan bekalan, khususnya keselamatan tenaga.

Mengenai bekalan bahan api, beliau memberitahu, bekalan minyak Malaysia dijangka mencukupi sehingga penghujung Julai, sekali gus memberikan jaminan kepada industri dan orang ramai.

“Kita perlu memastikan aktiviti ekonomi dapat diteruskan. Industri mesti dapat beroperasi dan mengekalkan pengeluaran, yang seterusnya membantu mengekalkan peluang pekerjaan,” katanya.

Akmal turut memberitahu, kerajaan akan terus menyelaras langkah intervensi menerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) sehingga keadaan kembali stabil.

Dalam pada itu, mengulas mengenai bekalan harga minyak mentah Brent menurun sepanjang minggu lalu dan kekal di bawah AS$90 (RM357) setong, manakala harga semasa berada di bawah AS$100 (RM397) setong, beliau berkata:

“Pengumuman yang dibuat sepanjang minggu lalu memberi kesan positif kepada harga minyak, namun keadaan masih tidak menentu. Kami terus memantau perkembangan dengan teliti kerana isu sekarang bukan hanya melibatkan harga, tetapi juga ketersediaan bekalan fizikal minyak di pasaran global,” katanya. – 30 Mei, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related