HEADLINES

Azam Baki saman Albert Tei

Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu menuntut ganti rugi serta injunksi kekal, menegaskan dakwaan terhadapnya tidak berasas dan merosakkan reputasi yang dibina hampir empat dekad

12:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, memfailkan saman fitnah terhadap ahli perniagaan Albert Tei berhubung kenyataan yang disebarkan di media sosial dan platform dalam talian.

Firma guaman Zain Megat & Murad yang mewakili Azam mengesahkan writ saman dan penyata tuntutan difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam.

Saman itu berkait penerbitan dan siaran semula kenyataan mengenai Azam menerusi podcast, YouTube Shorts dan platform digital lain.

Azam menuntut ganti rugi serta perintah injunksi kekal terhadap defendan.

“Anak guam kami menegaskan bahawa dakwaan itu tidak berasas dan tidak benar, dan telah memulakan prosiding ini bagi mempertahankan reputasi serta nama baiknya yang dibina sepanjang hampir empat dekad berkhidmat dalam sektor awam,” kata firma guaman itu.

Firma berkenaan menambah, Azam dan peguamnya tidak akan mengulas lanjut mengenai merit kes kerana ia kini dalam proses perbicaraan, sambil menggesa semua pihak menghormati mahkamah.

Albert Tei sebelum ini membuat beberapa dakwaan terhadap Azam berkaitan pertikaian dan siasatan berjalan, termasuk mendakwa dirinya diugut dan dihalang ketika cuba mendedahkan skandal rasuah melibatkan ahli politik di Sabah.

Polis sedang menyiasat laporan Tei bertarikh 13 Mei mengenai ugutan jenayah membabitkan peguam Azam. Pada 3 Jun, Azam turut memberi keterangan di Bukit Aman. Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Azam bersara sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada Mei lalu selepas hampir 40 tahun berkhidmat dalam agensi antirasuah, termasuk lima tahun menerajui SPRM. – 9 Jun, 2026

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related