◉ HEADLINES

Jalur Gemilang milik seluruh rakyat Malaysia: Sultan Selangor

Baginda bertitah walaupun berbeza bangsa, agama, bahasa, fahaman politik dan latar belakang, Jalur Gemilang mengingatkan bahawa mereka tetap bernaung di bawah sebuah negara yang sama

11:27 AM MYT

 

SHAH ALAM – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa Jalur Gemilang bukan sekadar bendera yang dikibarkan ketika sambutan kemerdekaan, malah lambang negara yang dimiliki dan dikongsi bersama seluruh rakyat Malaysia.

Baginda bertitah walaupun berbeza bangsa, agama, bahasa, fahaman politik dan latar belakang, Jalur Gemilang mengingatkan bahawa mereka tetap bernaung di bawah sebuah negara yang sama.

“Bendera ini milik kita semua. Kita perlu bangga kerana ia simbol perpaduan nasional,” titah baginda menerusi kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Sultan Selangor telah berkenan agar Jalur Gemilang dikibarkan di Tiang Bendera Selangor di Dataran Selangor, bermula 26 Ogos hingga 17 Sept depan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM).

Susulan itu, satu upacara menaikkan Jalur Gemilang telah berlangsung pagi ini di Dataran Selangor sebagai simbol kecintaan kepada tanah air serta bagi menyemarakkan semangat patriotik dan perpaduan rakyat.  

Sultan Selangor bertitah semangat Hari Kebangsaan juga harus diterjemahkan dengan mengenang dan menghargai jasa rakyat Malaysia yang telah berusaha menyatukan masyarakat serta merapatkan jurang perbezaan.

Pada masa sama, baginda mahu generasi muda dididik untuk menghormati masyarakat daripada agama, kaum dan budaya yang berbeza.

“Selain itu, para pemimpin dan ahli politik pula hendaklah menunjukkan teladan dengan mengamalkan kesederhanaan, toleransi dan sifat belas ihsan, serta tidak menjadikan perbezaan politik, kaum atau agama sebagai alasan untuk memecahbelahkan rakyat,” titah baginda.

Baginda bertitah mengibarkan ribuan Jalur Gemilang mungkin mudah, namun cabaran lebih besar ialah membina sebuah Malaysia yang memastikan setiap rakyat tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang benar-benar berasa dihormati, diterima serta bangga menjadi rakyat negara ini.

Baginda turut mengingatkan bahawa Jalur Gemilang tidak pernah membezakan rakyat berdasarkan kaum sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan-Dusun, Iban atau etnik lain, mahupun agama dan kepercayaan dianuti termasuk Islam, Buddha, Kristian serta Hindu.

Justeru, baginda menyeru seluruh rakyat supaya menjadikan sambutan Hari Kebangsaan sebagai kesempatan untuk memperkukuh semula semangat perpaduan, solidariti dan rasa saling menghormati.

“Kemerdekaan bukan sekadar untuk diraikan dan bendera bukan sekadar untuk dikibarkan. Nilai sebenar kedua-duanya terletak pada kemampuan kita semua mempertahankan sebuah negara yang rakyatnya dapat hidup bersama dalam aman, saling menghormati dan bersatu padu,” titah baginda. – 26 Ogos, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

◉ Related