HEADLINES

Tindakan tegas jika Rohingya langgar peraturan termasuk aspek bina bangunan, pengendalian perniagaan: Anwar

Nasihat kepada rakyat Myanmar khususnya Rohingya, mereka juga harus patuh kepada peraturan yang ada dalam negara kita. Bangunannya, perniagaannya, mesti mengikut peraturan…dan kalau tidak ikut, kita terpaksa ambil tindakan,' kata Anwar

3:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelarian Rohingya diingatkan supaya mematuhi undang-undang dan peraturan tempatan atau berdepan tindakan tegas termasuk dalam hal berkaitan aspek premis bangunan dan pengendalian perniagaan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, meskipun Malaysia mengambil pendekatan berperikemanusiaan namun golongan itu tetap tertakluk kepada sistem perundangan negara.

“Nasihat kepada rakyat Myanmar khususnya Rohingya, mereka juga harus patuh kepada peraturan yang ada dalam negara kita. Bangunannya, perniagaannya, mesti mengikut peraturan…dan kalau tidak ikut, kita terpaksa ambil tindakan,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Hidayah, Sentul di sini, hari ini.

Kebelakangan ini isu mengenai pelarian Rohingya hangat diperkatakan dan dibincangkan di media sosial.

Terbaharu, etnik Rohingya didakwa membina kediaman seakan flat empat tingkat secara tidak sah di kawasan terpencil di Sungai Tekali, Mukim Hulu Langat.

Perkara berkenaan didedahkan oleh penyampai radio dan pelakon Azad Jasmin yang kebetulan melalui jalan terbabit.

Berikutan itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, banguna itu bakal dirobohkan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa.

Dalam pada itu, Anwar berkata, isu penguatkuasaan terhadap pelarian Rohingya itu turut diteliti dalam Mesyuarat Jemaah Menteri bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bagi memastikan tindakan perundangan digerakkan secara konsisten.

Beliau turut mengingatkan pihak berkuasa perbandaran dan kerajaan negeri supaya memainkan peranan lebih tegas dalam memantau sebarang salah laku atau salah guna premis melibatkan golongan berkenaan.

Mengulas desakan supaya pelarian Rohingya dihantar pulang ke negara asal, Anwar menjelaskan ia adalah kemelut kemanusiaan yang kompleks memandangkan proses penghantaran balik mahupun penempatan ke negara ketiga masih menemui jalan buntu.

“Orang boleh bicara hantar pulang, hantar pulang ke mana? Sebab kita ada masalah dengan kerajaan Myanmar yang menghalang. Jadi, dalam rundingan saya dua kali dengan pimpinan Myanmar, saya minta dua perkara.

“Pertama, bantuan yang kita beri itu dijamin dapat (memberi) manfaat kepada semua (dan) ini dipersetujui. Kedua, hentikan penindasan dan jenayah ke atas rakyat Myanmar, Muslim mahupun bukan Islam di Rakhine dan juga di Myanmar seluruhnya,” katanya.

Sementara itu, beliau mengingatkan rakyat Malaysia supaya mengekalkan nilai kemanusiaan dan tidak mengambil tindakan sendiri, sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menangani isu tersebut.

“Saya harap rakyat kita, terutama masyarakat Islam yang membantah, harus dijaga kemanusiaan kita dan janganlah melanggar peraturan dan undang-undang dalam menangani masalah ini,” katanya. – 12 Jun, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related