HEADLINES

PRN Johor dan N. Sembilan: Isyarat awal PRU, politik ‘tidak bermaruah’ membimbangkan

PRN Johor dan Negeri Sembilan bukan sekadar pilihan raya negeri, tetapi penentu awal hala tuju politik negara menjelang PRU, dengan pemerhati politik Dr. G Manimaran memberi amaran tentang budaya politik ‘tidak bermaruah’ yang kian mencalar keyakinan rakyat

7:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 11 Julai dan Negeri Sembilan pada 1 Ogos dilihat sebagai penentu awal hala tuju politik negara menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, menurut pemerhati politik veteran Dr. G Manimaran.

Beliau menegaskan keputusan kedua-dua PRN berpotensi mencetuskan tekanan politik, termasuk kemungkinan pembubaran Parlimen lebih awal jika ada parti yang menang besar.

“Dia akan memberi indikator-indikator, petanda, petunjuk siapa yang akan ke depan. Siapa yang akan membentuk kerajaan. Adakah kerajaan Perpaduan akan kembali atau tidak dan sebagainya,” katanya dalam podcast Scoop Insight kendalian Habibah Omar dan Suzan Ahmad.

Habibah Omar (kiri) dan Suzan Ahmad bersama pemerhati politik Dr. G Manimaran (kanan) ketika rakaman podcast Scoop Insight membincangkan PRN Johor dan Negeri Sembilan. – Gambar Scoop, 23 Jun, 2026

Penulis buku Pilihan Raya Demokrasi Malaysia: Tanding, Pilih, Menang, Tadbir ini turut melahirkan kebimbangan terhadap budaya politik semasa yang semakin hilang nilai.

“Politik tidak bermaruah… kita tak ada politik demokrasi yang nak bantu rakyat. Saya nak jawatan sahaja. Saya nak jawatan sahaja,” tegasnya.

Fenomena ini, katanya, bukan sahaja mencalar imej politik negara, malah menjejaskan keyakinan rakyat untuk keluar mengundi.

“Saya interview 10 orang, 7 orang kata begitu. Kalau keluar pun saya akan sabotaj. Orang rasa kecewa sangat untuk keluar mengundi. Itu tidak sihat,” ujarnya mengenai respon rata-rata bakal pengundi masa kini.

Beliau turut menyentuh pergolakan dalam Perikatan Nasional (PN), khususnya perebutan logo antara PAS dan Bersatu, yang menurutnya boleh melemahkan blok pembangkang.

“Perpecahan itu akan melemahkan… orang tidak akan percaya, keyakinan itu kurang. Keyakinan ke atas parti, perikatan yang ditubuhkan enam tahun lepas akan menurun,” katanya.

Sebaliknya, blok Borneo — Sabah dan Sarawak — kini muncul sebagai tonggak paling stabil dalam politik Malaysia, dengan 56 kerusi Parlimen yang bakal menjadi penentu pada PRU akan datang.

Dengan hampir dua pertiga pengundi berusia bawah 35 tahun, Dr. Manimaran menekankan perlunya politik matang dan beretika.

“Kalau parti politik, pemimpin politik tak tunjuk sikap positif, nilai-nilai yang baik… kita risau generasi akan datang terikut. Itu yang saya katakan, ke mana kita sedang menuju,” katanya. – 23 Jun, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related