◉ HEADLINES

Isu stoking: Pengarah KK Mart, syarikat pembekal didakwa esok

Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana melukakan perasaan agama orang lain dan Seksyen 109 kanun yang sama kerana bersubahat

5:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua pengarah rangkaian kedai serbaneka KK Mart dan tiga pengarah syarikat pembekalnya, Xin Jian Chang Sdn Bhd akan didakwa esok berkaitan penjualan stoking yang memaparkan kalimah Allah.

Kesemua mereka akan didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah, Shah Alam pada jam 9 pagi esok.

Sumber memaklumkan, kesemua mereka akan didakwa mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana melukakan perasaan agama orang lain dan Seksyen 109 kanun yang sama kerana bersubahat.

Pertuduhan esok susulan dua individu didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 selepas menyiarkan kandungan media sosial yang tidak sensitif berkaitan isu stoking memaparkan kalimah Allah.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah memaklumkan polis menerima 178 laporan di seluruh negara berhubung isu stoking tersebut, katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi KDN di Dewan Negara hari ini.

Pada 22 Mac lalu, seorang juruteknik dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM12,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur kerana membuat hantaran menghina agama Islam berkaitan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di Facebook miliknya.

Sehari sebelum itu, Ricky Shane Cagampang, 33, dari Tawau, Sabah dipenjara enam bulan dan denda RM15,000 selepas mengaku bersalah memuat naik komen berbaur penghinaan terhadap kalimah Allah di laman Facebook.

Pada 13 Mac lalu, tular dalam media sosial isu stoking tertera kalimah ‘Allah’ dijual di KK Mart Bandar Sunway, selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna.

KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dilaporkan memohon maaf berhubung penjualan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah ‘Allah’, di beberapa cawangan kedai serbaneka itu.

Syarikat itu berkata, jualan stoking berkenaan telah dihentikan serta-merta sementara menunggu penjelasan daripada pembekal.

Pengendali rangkaian kedai serbaneka itu turut meminta supaya pengguna tidak memboikot perniagaan berkenaan.

Dalam masa yang sama, syarikat itu juga akan memberikan kerjasama penuh dengan pihak berkuasa bagi membantu siasatan lanjut. – 25 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Budget 2026: RM580m boost for sports development

Funding will strengthen elite programmes, prepare for the 2027 SEA and Asean Para Games, and upgrade facilities while expanding support for para-athletes

‘Tambah spot busking di Bukit Bintang’ Bob Sentuhan Buskers mohon DBKL beri pertimbangan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta menambah lagi ‘spot’ untuk pemuzik jalanan di ibu kota mengadakan persembahan terutama di kawasan sekitar Bukit Bintang yang menjadi tumpuan pelancong luar.

Noki K-Clique sedang mengenali seorang pelakon wanita, rancang berkahwin usia 30 pada tahun hadapan

Melihat rakan-rakan seperjuangan lain sudah mendirikan rumahtangga, ia membuatkan rapper dan juga pelakon, Noki K-Clique berasa tertekan serta mahu mengikut jejak langkah yang sama

◉ Related