◉ HEADLINES

PRN Johor: ‘Jangan sombong, jaga akhlak ketika berkempen’, kata Anwar

Perdana Menteri itu mahu semua jentera Pakatan Harapan mengekalkan politik matang, menyantuni rakyat dengan rendah diri dan mengelak sikap ego sepanjang tempoh pilihan raya

4:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua parti politik, khususnya komponen Pakatan Harapan (PH), agar tidak ‘lupa daratan’ dan mengekalkan keperibadian yang tinggi sepanjang tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Mengulas mengenai jangkaan pertembungan sengit berbilang penjuru, Pengerusi PH itu menyifatkannya sebagai satu lumrah dalam sistem demokrasi negara. Namun, apa yang lebih penting adalah bagaimana proses kempen itu dicorakkan oleh setiap calon yang bertanding.

“Tiga ke enam (penjuru) itu lumrah dalam amalan demokrasi. Cuma biarlah kempen itu sopan, jaga akhlak dan jangan lupa daratan,” katanya kepada media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jameatus Solehah, Pekan Dengkil, hari ini.

Santuni rakyat, buang sikap bongkak

Anwar turut menitipkan pesanan mendalam agar jentera parti tidak memamerkan sikap ego sebaliknya sentiasa merendah diri ketika mendekati pengundi. Beliau mahu semua pihak mengambil pendekatan sederhana untuk menyantuni masyarakat dengan lebih dekat dan harmoni, bukannya menolak mana-mana pihak.

Beliau menegaskan bahawa sikap tidak sombong dan kesediaan untuk bekerjasama serta melayani masyarakat sehabis baik adalah kunci utama yang perlu ditonjolkan oleh setiap jentera sepanjang tempoh kritikal ini.

Gendang perang PRN Johor bermula esok

Suhu politik di Johor dijangka melonjak esok dengan bermulanya proses penamaan calon di 56 Pusat Penamaan Calon (PPC) seluruh negeri, yang dijadualkan berlangsung tepat jam 9 hingga 10 pagi.

Setakat ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendedahkan sebanyak 593 borang pencalonan telah terjual, namun baru 133 bakal calon yang mengesahkan penyertaan mereka menerusi bayaran deposit.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun bagaimanapun menjatangkan angka itu akan terus meningkat menjelang saat-saat akhir sebelum kaunter pendaftaran dibuka rasmi pagi esok.

Berdasarkan jadual yang ditetapkan SPR, hari penamaan calon jatuh pada 27 Jun, diikuti hari pengundian awal pada 7 Julai, manakala tarikh keramat bagi hari mengundi pula adalah pada 11 Julai. – 26 Jun, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

◉ Related